Masjid, surau dibenar pasang khemah tambahan- mufti

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

SUNGAI UDANG 5 Mac. – Masjid dan surau di negeri ini dibenarkan memasang khemah tambahan bagi melaksanakan sebarang program keagamaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil berkata, perkara itu perlu diambil kira kakitangan masjid dan surau sekiranya menerima jemaah yang ramai dalam sesebuah acara.

“Rentetan PKPP, kerajaan negeri menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memutuskan bahawa kegiatan keagamaan di negeri ini telah diperluaskan mengikut kapasiti keluasan masjid.

“Pengurusan dibenarkan memasang khemah tambahan di dalam kawasan masjid sekiranya mempunyai ruang tambahan yang tidak mengganggu lalu lintas dan ketenteraman awam,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Lawatan yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam di Kem Terendak, di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, setiap penganjuran program kemasyarakatan termasuk ceramah agama, perkahwinan, kenduri dan jamuan dibenarkan dalam tempoh PKPP, bagaimanapun perlu mengetatkan prosedur operasi standard (SOP).

“Kita juga menasihatkan penganjur supaya menyediakan makanan yang dibungkus bagi setiap acara kemasyarakatan dibenarkan bagi memastikan rantaian pandemik COVID-19 mampu diputuskan.

“Manakala bagi program ceramah pula, penganjur dilarang menjemput penceramah dari negeri lain sebagai langkah memutuskan rantaian wabak ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

703
Kongsi :
Previous post 30 veteran ATM terima sumbangan kit makanan
Next post Vaksin COVID-19 diluluskan NPRA, Rakyat tidak perlu khuatir- Muhyiddin
Ubah saiz-+=