3,000 warga Melaka semarak Malam Cinta Rasul

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

BUKIT PALAH 8 Oktober – Kira-kira 3,000 pengunjung menghadiri Malam Cinta Rasul, sempena sambutan Maulidur Rasul 1444H, Peringkat Negeri Melaka di Dataran Pusat Islam, di sini, malam ini.

Sambutan yang bermula kira-kira jam 6 petang tadi dimulakan dengan Bacaan Ratib Al-Attas dan Asma Al-Husna oleh pelajar Al-Muhibbin sebelum solat Maghrib berjemaah di Masjid Al Azim.

IMG_20221008_233555_286
BUKIT PALAH 8 Oktober – Suasana majlis Malam Cinta Rasul sempena sambutan Maulidur Rasul 1444H Peringkat Negeri Melaka di Dataran Pusat Islam, Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Ia kemudian disusuli dengan Zikir Munajat bersama jemaah dan penceramah yang hadir.

Turut hadir meraikan Malam Cinta Rasul, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Datuk Wira Md Rawi Mahmud, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat dan Setiausaha Khas Hal Ehwal Masyarakat Ketua Menteri, Datuk Muhammad Ahyad Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan alunan Mawlid Dibaei, Mahalul Qiyam dan Qasidah oleh Sayyid Arshid Sayyid Yasin sebelum diteruskan dengan ceramah.

IMG_20221008_234425_257
BUKIT PALAH 8 Oktober – Suasana majlis Malam Cinta Rasul sempena sambutan Maulidur Rasul 1444H Peringkat Negeri Melaka di Dataran Pusat Islam, Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Pengunjung yang hadir bukan hanya terdiri daripada mereka yang dewasa malah golongan kanak-kanak juga memeriahkan lagi suasana sambutan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5464
Kongsi :
Previous post Tun Mohd Ali rasmi Kejohanan Muay Thai Grand Fight 2022
Next post Sudah lima tahun kongsi burger bersama pelanggan
Ubah saiz-+=