
30,290 rumah siap dibina tidak terjual
KUALA LUMPUR 23 Nov – Sebanyak 30,290 unit rumah siap dibina bernilai RM19.75 bilion di seluruh negara tidak terjual setakat suku ketiga tahun ini, berbanding 31,112 unit rumah membabitkan nilai RM20.1 bilion pada suku kedua.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib berkata berdasarkan data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), angka itu menunjukkan penurunan 2.64 peratus dalam bilangan unit dan 1.74 peratus dalam nilai pada suku tahun ketiga berbanding suku tahun kedua.
“Terdapat penurunan kadar lambakan rumah yang tidak terjual walaupun tidak ketara kerana terdapat pemaju yang menurunkan harga atau memberikan diskaun bagi membolehkan bekalan rumah sedia ada dapat dijual dalam ketidaktentuan ekonomi masa kini.
“Ini dibuktikan dengan penurunan indeks harga rumah pada suku ketiga (2021) pada 198.6 mata berbanding suku ketiga 2020 pada 199.9 mata yang menunjukkan penurunan sebanyak 0.7 peratus,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) mengenai jumlah terkini rumah tidak terjual setakat September lepas. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
21 BERANAK CIPTA MEMORI HARI KEBANGSAAN DI ZOO MELAKA
AYER KEROH 1 September - Peluang menikmati kemasukan percuma sempena sambutan Hari Kebangsaan dimanfaatkan sebaiknya oleh 21 beranak yang memilih...
TAWARAN KEMASUKAN PERCUMA, TUNAIKAN IMPIAN ANAK NAIK MENARA TAMING SARI
BANDA HILIR 1 September - Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 tahun ini memberi makna berbeza buat keluarga Mohammad Noor Hanafi Sham,...
SEMPAT TENGOK BUNGA API SEBELUM LAHIRKAN ‘HERO’ MERDEKA
BANDARAYA MELAKA 1 September - Seorang ibu Nur Farahin Miszan, 32, sempat menyaksikan pertunjukan bunga api sempena Hari Kebangsaan Ke-69...
LEBIH 13,000 SERBU TIGA PRODUK PELANCONGAN PPSPM PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Seramai 13,074 pengunjung mengambil peluang menikmati tiga produk pelancongan utama di bawah Perbadanan Pembangunan Sungai...
HAMPIR 3,500 NAIK MENARA TAMING SARI PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Hampir 3,500 pengunjung mengambil kesempatan menikmati kemasukan percuma ke Menara Taming Sari sempena Sambutan Hari...
2,826 PENGUNJUNG PILIH TEROKAI MUZIUM
JASIN 31 Ogos – Seramai 2,826 pengunjung direkodkan mengunjungi enam muzium dan galeri di bawah seliaan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)...
