Dira hasrat bantu peniaga makanan di Rim

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

RIM 23 Nov – Keunikan perniagaan berasaskan makanan di Rim boleh dikembangkan ke satu tahap yang lebih tinggi, kata Datuk Khaidhirah Abu Zahar.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan berkenaan berkata, program kerajaan seperti Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) boleh membantu peniaga-peniaga di Rim.

“Pagi tadi saya sempat sarapan di Medan Selera Taman Kelubi Damai. Apa yang special di sini? Nasi lemak ikan bakar sambal dia memang power.

“Saya lihat potensi peniaga di RIM ini sangat besar. Banyak keunikan yang tersendiri di bawa oleh mereka mampu pergi dengan lebih jauh.

“Insya-Allah saya akan bantu peniaga di RIM melalui program kerajaan seperti Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB),” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya.

Untuk rekod, Khaidhirah atau lebih dikenali sebagai Dira Abu Zahar merupakan wakil rakyat baharu Rim setelah memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 Nov lalu.

Beliau menewaskan Azalina Abdul Rahman (PN-Bersatu) dan B Prasanth Kumar (PH-PKR) dengan majoriti 1,327 undi.

Dalam pada itu, Dira turut berhasrat untuk memperkasa sektor pendidikan awal kanak-kanak selepas mengadakan lawatan ke Tadika KEMAS Taman Kelubi Damai.

Katanya, pemerkasaan sektor itu juga penting demi pembangunan keluarga dan pembentukan sahsiah anak-anak.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

741
Kongsi :
Previous post 30,290 rumah siap dibina tidak terjual
Next post Bayaran fasa 2 Bantuan Khas COVID-19 mulai Khamis – PM
Ubah saiz-+=