Fokus atasi masalah perparitan Kampung Peringgit, Pulau Kelapa

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

PENGKALAN BATU 23 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Datuk Kalsom Noordin akan memastikan sistem perparitan di Kampung Peringgit dan Pulau Kelapa diatasi dengan segera bagi mengelakkan masalah banjir kilat berulang.

Beliau berkata antara punca utama banjir di kawasan itu adalah masalah longkang yang kecil, cetek dan tersumbat dengan tanah lumpur hingga menjadikan saluran air di kedua-dua kampung itu tidak dapat berfungsi dengan baik.

“Longkang ini perlu ditambah baik bagi menampung saluran air yang deras terutama apabila hujan berterusan hingga menyebabkan air bertakung dan banjir.

“Air yang mengalir ke longkang ini dari bukit di belakang Hospital Melaka dan sebuah kolej jururawat. Ia sedang diperbaiki tetapi perlu didalami dan diperbesarkan semula bagi menampung air yang banyak bila hujan,” katanya selepas melakukan lawatan ke Jalan Peringgit, baru-baru ini.

Lawatan turun padang itu adalah kali pertama selepas beliau memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov lalu bagi DUN Pengkalan Batu.

DATUK Kalsom Noordin

Kalsom berkata, sistem perparitan di tanah kerajaan itu yang tidak diurus dengan betul turut menjadi tempat sarang ular.

Sementara itu penduduk Kampung Peringgit, Salbiah Mohd Yusof berkata masalah ini telah menghantui penduduk sejak 60 tahun lalu.

“Kira-kira 100 penduduk di dua kampung ini berharap masalah ini dapat diatasi dengan segera.

“Selain itu, penyelenggaran kawasan kampung seperti pemotongan rumput yang tidak sempurna memberi masalah kepada kami,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2074
Kongsi :
Previous post Tiada kes kematian dikait langsung dengan vaksin COVID-19
Next post 30,290 rumah siap dibina tidak terjual
Ubah saiz-+=