PRN MELAKA: KALSOM MAHU PENGALAMAN LAMA, TENAGA BAHARU DISATUKAN

Masa Membaca:55 Saat

PENGKALAN BATU 3 November – Ketua Wanita UMNO Melaka, Datuk Kalsom Noordin menyeru seluruh jentera Barisan Nasional (BN) supaya terus memperkukuh gerak kerja mendekati masyarakat dengan menyatukan pengalaman anggota lama dan tenaga generasi baharu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Beliau berkata, sumbangan serta pengalaman anggota parti pelbagai peringkat perlu digembleng bersama bagi memastikan kesinambungan perjuangan parti, selain meneruskan usaha yang telah dilaksanakan selama ini.

Menurutnya, tumpuan terhadap kebajikan dan keperluan penduduk setempat perlu terus menjadi keutamaan dalam setiap gerak kerja jentera parti.

“Saya kira sambunglah apa yang kita dah lakukan. Kita dah bekerja keras untuk memastikan kita dapat mendekati semua penduduk di kawasan ini.

“Jadi, teruskanlah perjuangan ini,” katanya ketika berucap pada program lawatan Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh ke Bilik Gerakan BN DUN Pengkalan Batu, Peringgit, di sini, hari ini.

Hadir sama, calon BN N15 Pengkalan Batu, Siti Aisyah Mahmood serta kenamaan lain.

Kalsom turut mengingatkan jentera supaya mengekalkan kesungguhan dan komitmen dalam melaksanakan gerak kerja parti, selain terus memperkukuh hubungan dengan masyarakat setempat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

174
Kongsi :
Previous post NAIK TARAF GELANGGANG FUTSAL ANTARA HARAPAN BELIA MACHAP JAYA
Next post AHMAD ZAHID MAHU GRADUAN TVET MELAKA NIKMATI GAJI PREMIUM