AHMAD ZAHID MAHU GRADUAN TVET MELAKA NIKMATI GAJI PREMIUM

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

RIM 3 November – Anak Melaka yang mengikuti bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu dipersiapkan dengan kemahiran industri bagi membolehkan mereka merebut peluang pekerjaan bergaji premium.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembangunan industri dan kemasukan pelaburan baharu ke Melaka perlu disusuli persediaan tenaga kerja tempatan yang mempunyai ilmu serta kepakaran bersesuaian dengan keperluan majikan.

“Usaha ini penting supaya anak Melaka bukan sahaja berpeluang mengisi kekosongan pekerjaan diwujudkan, malah dapat menikmati pendapatan lebih baik dan membina kerjaya di negeri kelahiran sendiri.

“Kita mahu gaji premium, kita mahu gaji tinggi. Inilah di depan ayahanda (saya) inilah yang berpotensi untuk mendapat gaji premium dan gaji tinggi dalam bidang TVET ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Jelajah Pendidikan Tinggi dan TVET MARA Peringkat Negeri Melaka 2026 di Dewan MPJ Lipat Kajang, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang; Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan; Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki; Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh; Ketua Pengarah MARA Ir. Dr. Mahzan Teh dan kenamaan lain.

Katanya, perkembangan industri berteknologi tinggi memerlukan kepakaran dalam bidang elektronik dan automasi, manakala industri halal pula memerlukan kemahiran pemprosesan makanan, kawalan mutu serta pengurusan rantaian bekalan.

“Saya mahu supaya semua institusi menyusun latihan, menyediakan pendedahan industri dan membina laluan pengambilan graduan sebelum operasi bermula.

“Apabila pintu industri dibuka, anak-anak Melaka mesti sudah bersedia untuk melangkah masuk,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

228
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: KALSOM MAHU PENGALAMAN LAMA, TENAGA BAHARU DISATUKAN
Next post MELAKA SASAR PENGIKTIRAFAN UNESCO GLOBAL GEOPARK 2035