325 pegawai Jabatan Pendidikan Daerah Alor Gajah terima APC 2022

Masa Membaca:50 Saat

ALOR GAJAH 4 Oktober – Seramai 325 pegawai menerima pengiktirafan pada Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah di Dewan Taming Sari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Alor Gajah, di sini, semalam.

Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Rosli Abdullah berkata APC tersebut diberikan kepada pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Daerah Alor Gajah.

“APC tersebut diberikan kepada pegawai yang menunjukkan prestasi cemerlang berdasarkan prestasi tahunan. Tahniah dan syabas saya ucapkan atas penganugerahan ini, semoga ianya akan terus memberi semangat kepada penerima.

“Diharapkan dengan anugerah yang diberikan, penerima akan terus bersemangat dalam mencurahkan khidmat bakti kepada anak bangsa dan negara,” katanya dalam kenyataan di laman rasmi Facebook beliau hari ini.

Mengulas lanjut, Rosli berkata, APC tersebut disampaikan kepada pegawai yang layak mengikut kategori yang disediakan.

“APC ini merupakan anugerah tahunan, sekali gus memberikan pengiktirafan kepada pegawai daripada pelbagai gred di bawah KPM Melaka Daerah Alor Gajah,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

752
Kongsi :
Previous post Showcase SDSI jual 42 juadah tempatan dari 14 negeri
Next post Pemantauan berkala ke kawasan sewaan milik MBMB
Ubah saiz-+=