Showcase SDSI jual 42 juadah tempatan dari 14 negeri

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BANDARAYA MELAKA 4 Oktober – Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) MADANI Peringkat Kebangsaan menampilkan sebanyak 42 makanan tempatan dari 14 negeri yang mengambil bahagian pada penganjuran itu nanti.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin berkata, hidangan itu ditawarkan kepada pengunjung menerusi Jualan Aneka Rasa MADANI sepanjang program berkenaan berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dari 6 hingga 8 Oktober ini.

Katanya, dengan pelbagai tawaran dan aktiviti diatur, pihaknya berharap dapat mencapai sasaran sehingga 40,000 orang pengunjung.

“Kita akan bawa makanan tempatan yang sangat enak dan menarik daripada 14 negeri, contohnya Sarawak ada mi kolok, Melaka (asam pedas) dan banyak lagi.

“Setiap negeri perlu menjual tiga produk makanan mereka sendiri, jadi pengunjung yang ingin menikmati kepelbagaian makanan boleh singgah ke showcase SDSI bermula Jumaat ini. Selain itu, penganjuran program MITC akan memberi lebih keselesaan kepada pengunjung yang hadir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas bersiaran secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Melaka, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Allex berkata setakat Jun lalu negeri Melaka merekodkan seramai 34,900 usahawan berdaftar melibatkan pelbagai sektor.

“Sementara itu bagi usahawan baharu berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pula adalah seramai 1,494 bagi bulan Januari 2023 hingga Mei 2023,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1037
Kongsi :
Previous post Lahirkan usahawan wanita ‘berdigital’
Next post 325 pegawai Jabatan Pendidikan Daerah Alor Gajah terima APC 2022
Ubah saiz-+=