Pemantauan berkala ke kawasan sewaan milik MBMB

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 4 Oktober – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan mengadakan pemantauan berkala ke kawasan dibawah tanggungjawabnya yang disewakan kepada syarikat swasta.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata pemantauan tersebut bagi melihat kaedah pengurusan dan penyelengaraan semasa di kawasan yang disewakan.

Terdahulu pada Isnin beliau, bersama wakil MBMB mengadakan lawatan ke kawasan hartanah di Bukit Serindit bagi tujuan pemantauan.

“Kami akan kerap membuat pemantauan dan lawatan berkala ke kawasan milik MBMB yang disewakan kepada syarikat swasta.

“Seperti di Bukit Serindit, kita sempat membuat lawatan di hartanah milik MBMB yang disewakan kepada Golden Age Care Centre Sdn. Bhd. membina rumah teduhan warga emas.

“Hasil lawatan, kita dapati syarikat tersebut memang mengendalikan rumah teduhan yang menempatkan 30 warga emas itu dengan sempurna,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shadan berkata menerusi lawatan terbabit pihaknya turut memantau pengurusan kawasan tersebut daripada pelbagai aspek termasuk kebersihan.

“Selain kebersihan kita juga memantau tenaga kerja, sama ada mereka ini memiliki tauliah atau tidak untuk mengendalikan rumah jagaan warga emas itu. Pemantauan ini juga bertujuan memastikan tidak timbul isu negatif seperti penderaan yang mungkin berlaku,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

834
Kongsi :
Previous post 325 pegawai Jabatan Pendidikan Daerah Alor Gajah terima APC 2022
Next post Rebut peluang ke Sekolah Pelancongan dan Hospitaliti Riyadh, Arab Saudi
Ubah saiz-+=