Rebut peluang ke Sekolah Pelancongan dan Hospitaliti Riyadh, Arab Saudi

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

AYER KEROH 4 Oktober – Rakyat Melaka berminat dalam bidang pelancongan disarankan mengambil peluang dengan memasuki Sekolah Pelancongan dan Hospitaliti Riyadh, Arab Saudi yang bakal memulakan operasi pada 2027.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, institusi itu mampu menyediakan tenaga kerja mahir berkualiti tinggi dalam industri berkenaan.

Abdul Razak berkata, cadangan itu timbul hasil perjumpaan singkat beliau bersama Menteri Pelaburan Arab Saudi, Khalid Al Falih di World Tourism Day 2023 (WTD 2023), Arab Saudi.

Menurutnya, terdahulu cadangan itu turut disuarakan Menteri Pelancongan Arab Saudi, Ahmed Al-Khateeb yang menumumkan Sekolah Pelancongan dan Hospitaliti Riyadh akan menyediakan latihan terbaik dalam bidang pelancongan.

“Sekolah di Qiddiya ini akan memiliki kampus besar dengan kos lebih 1 bilion, ia merangkumi kawasan seluas lima juta meter persegi.

“Kemudahan ini merupakan hadiah daripada Arab Saudi kepada dunia, kerana ia akan memberikan peluang biasiswa kepada orang ramai bagi menikmati latihan terbaik dalam bidang pelancongan dan hospitaliti.

“Jadi rakyat Melaka yang berminat dalam bidang pelancongan dan hospitaliti disaran untuk mengambil peluang ini setelah ianya dibuka untuk mendapatkan latihan berkualiti tinggi dalam industri ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya.

Jelasnya turut disentuh dalam pertemuan singkat bersama Khalid adalah cara memanfaatkan pelaburan pelancongan di Melaka pada masa hadapan.

“Ia perlu menerusi pembangunan infrastruktur pelancongan, pendidikan dan latihan untuk generasi akan datang. Pembangunan ekopelancongan dan penyelidikan serta pembangunan yang boleh membantu Negeri Melaka mencipta produk pelancongan yang inovatif selain menarik.

“Ini termasuklah penggunaan teknologi terkini dalam pelancongan atau pengembangan produk pelancongan unik,” katanya.

Dia memberitahu Khalid merupakan salah seorang speaker bagi forum bertajuk ‘Investing In a Sustainable Future For Travel & Tourism sempena WTD 2023 berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1219
Kongsi :
Previous post Pemantauan berkala ke kawasan sewaan milik MBMB
Next post JPJ Melaka kesan bas dipandu mengundur
Ubah saiz-+=