
326 mangsa penipuan pekerjaan luar negara diselamatkan
KUCHING, 1 Mac – Seramai 326 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara berjaya diselamatkan dari tahun 2021 hingga 23 Feb lepas, manakala 133 orang masih terkandas di luar negara.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kebanyakan mangsa dibawa ke negara-negara seperti Kemboja, Myanmar, Thailand dan Laos.
“Daripada kajian yang dijalankan 73 peratus bekerja sebagai scammer, 12 peratus sebagai petugas khidmat pelanggan, lapan peratus bekerja di kasino dan tujuh peratus menjalankan pelbagai pekerjaan seperti tukang masak dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Kursus Penguatkuasaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) Zon Sabah dan Sarawak tahun 2024 di sini, hari ini.
Rusdi berkata antara faktor utama yang membuat mangsa dipengaruhi dan diperdayakan untuk bekerja di luar negara iaitu faktor tarikan tawaran gaji lumayan serta mangsa yang hilang punca pendapatan.
“Mengikut trend semasa, mangsa-mangsa ini terpengaruh dan diperdaya dengan iklan-iklan tawaran pekerjaan di laman sosial contonya seperti Facebook,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF SAKSIKAN KEMERIAHAN KEJOHANAN SUKAN BADAN BERUNIFORM DI KEM TERENDAK
SUNGAI UDANG 31 Julai – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengadakan lawatan bagi melihat sendiri kemeriahan Kejohanan...
JKKP BIMBING PMKS TINGKAT TAHAP PEMATUHAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA
BANDARAYA MELAKA 31 Julai - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) memperkukuhkan pendekatan Pematuhan Berasaskan Sokongan (Compliance Support) bagi membantu...
WRUR PAYA RUMPUT, MBMB UBATI KERINDUAN WARGA EMAS TONTON TELEVISYEN
PAYA RUMPUT 31 Julai - Selepas tiga tahun hidup tanpa televisyen, seorang warga emas akhirnya dapat kembali mengikuti perkembangan semasa...
MENARA TAMING SARI TAMPIL LEBIH ‘SEGAR’, DIBUKA SEMULA 1 OGOS
BANDA HILIR 31 Julai - Selepas hampir sebulan ditutup bagi kerja-kerja penyelenggaraan tahunan, Menara Taming Sari dijangka kembali beroperasi pada...
MELAKA SOKONG DASAR PELUANG KEDUA INSOLVENSI
AYER KEROH 31 Julai - Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh kerjasama dengan Jabatan Insolvensi Malaysia dalam memperluas kesedaran, memperkasakan penyampaian...
DUN PAYA RUMPUT REKOD PENYELESAIAN TERTINGGI ISU PERUMAHAN RAKYAT
PAYA RUMPUT 31 Julai - Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput merekodkan antara kawasan penyelesaian tertinggi bagi isu perumahan rakyat...
