32,800 asnaf dan B40 naik bas percuma tanpa had Feb ini

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER MOLEK 25 Jan – Seramai 32, 800 golongan asnaf dan B40 akan menerima manfaat untuk menggunakan perkhidmatan bas awam secara percuma pada bila-bila masa tanpa had di negeri ini.

Exco Pengangkutan negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata perancangan itu akan direalisasikan menjelang Februari depan selaras dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi menjana pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam di Melaka.

Jelasnya, golongan sasar itu akan diberikan kad khas bagi mengakses perjalanan pergi dan balik bagi mendapatkan perkhidmatan awam itu di lokasi ditetapkan.

“Kita akan mendapatkan senarai penerima ini menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan akan diserahkan secara terus kepada mereka.

“Insya- Allah inisiatif ini sedang dilaksanakan kerajaan negeri dan akan mencapai 100 peratus dalam tempoh 100 hari ini,” katanya.

RAHMAD (dua dari kanan) ketika merasmikan Penutupan Program Touchpoint Suruhanjaya Tenaga diadakan di Kampung Batu Putih, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Penutupan Program Touchpoint Suruhanjaya Tenaga diadakan di Kampung Batu Putih, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Pejabat Kawasan Suruhanjaya Tenaga Negeri Sembilan dan Melaka, Ir Nur Ali Za Omar.

Dalam pada itu, Rahmad berkata, pelbagai inisiatif lain juga akan memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini dalam janji manifesto kerajaan negeri bagi mentadbir negeri ini selepas kemenangan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN), November lalu.

“Antara penambahbaikan lain akan kita laksanakan seperti kemudahan orang kelainan upaya (OKU), penyediaan stesen berehat kepada pemandu e-hailing serta pelbagai lagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1307
Kongsi :
Previous post 1,176 nelayan Melaka terima insentif sara hidup RM1,000- EXCO
Next post Inisiatif memperbaiki pendawaian elektrik agar lebih selamat diperluas
Ubah saiz-+=