
33 rumah atas air di Kampung Tanjung Aru musnah dalam kebakaran
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu ,menerima panggilan kecemasan pada jam 1.01 pagi dan sepasukan 24 pegawai dan anggota bersama empat jentera bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tiga kilometer dari balai bomba berkenaan.
Lapan anggotaĀ Ā masing-masing dari BBP Lintas dan BBP bersama jentera turut membantu dalam operasi memadam kebakaran.

āKebakaran melibatkan rumah perkampungan atas air dengan anggaran 33 rumah jenis tidak kekal yang musnah 100 peratus. Pasukan Bomba mengalami kesukaran untukĀ kerja pemadaman disebabkan tekanan air pili bomba yang rendah.
āBagaimanapun, pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran padaĀ pukul 2.02 pagi sebelum menamatkan sepenuhnya operasi padaĀ pukul 4.30 pagi,ā menurut kenyataan itu.
Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan, manakala punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan berasinganĀ memaklumkan satu Pusat Pemindahan Sementara telah diaktifkan di Dewan Muhibbah, Sembulan, bagi menempatkan semua mangsa dan sedang mengemas kini butiranĀ diriĀ mereka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.