
Insiden pertembungan dua tren LRT: 65 mangsa masih dirawat di HKL
KUALA LUMPUR 25 Mei – Seramai 65 mangsa insiden dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang bertembung berdekatan Stesen LRT KLCC di sini malam tadi, masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, mereka terdiri daripada 29 lelaki dan 36 wanita.
“Yang menerima rawatan di HKL adalah enam warga asing dan selebihnya warga tempatan,” katanya ketika dihubungi.
Semalam, seramai 47 penumpang tren itu dilaporkan parah manakala 166 mengalami kecederaan ringan dalam insiden kemalangan melibatkan dua tren LRT berkenaan.
Kejadian yang berlaku pada 8.45 malam itu melibatkan sebuah tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji.
Berikutan itu, Kementerian Pengangkutan menubuhkan pasukan panel penyiasat khas untuk menyiasat punca insiden terbabit.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT TARIK PERHATIAN ORANG MUDA
PENGKALAN BATU 15 Ogos - Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat diakui menjadi medium yang amat berkesan dalam mendengar permasalahan,...
MOOD MERDEKA BERMULA DARI PINTU GERBANG, MPHTJ HIAS LALUAN MASUK KE MELAKA
AYER KEROH 15 Ogos - Aspek kebersihan dan landskap sepanjang laluan masuk ke Melaka diberikan perhatian oleh Majlis Perbandaran Hang...
LPM TERIMA LEBIH 200 PERMOHONAN BAGI PROGRAM MELAKA RUMAHKU
AYER KEROH 15 Ogos - Lebih 200 permohonan diterima Lembaga Perumahan Melaka (LPM) membabitkan bina baru dan baik pulih kediaman...
PERZIM AJAK RAKYAT MALAYSIA HAYATI ERTI KEMERDEKAAN
AYER KEROH 15 Ogos - Bagi membangkitkan semangat cintakan negara dan patriotisme Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengatur pelbagai pengisian serta...
KEJOHANAN EMPAT PENJURU, MEDAN MELAKA FC UJI KESERASIAN PEMAIN
BANDA HILIR 14 Ogos - Kejohanan Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 menjadi medan penting buat Melaka FC...
MAIM BAIK PULIH LIMA PREMIS TERBIAR DALAM KAWASAN TAPAK WARISAN
AYER KEROH 14 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengambil tindakan segera dengan memberi nafas baharu kepada lima premis...
