33 usahawan DMDI terima Anugerah Smart Partnership Usahawan IKS

Masa Membaca:54 Saat

BANDARAYA MELAKA 25 Jun – Seramai 33 usahawan di bawah Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) menerima Anugerah Smart Partnership Usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) di sebuah hotel di sini hari ini.

Kesemua anugerah tersebut diberikan pada Majlis Anugerah Smart Partnership Usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) anjuran DMDI Melaka dan DMDI Putrajaya bersama Persatuan Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

Majlis penganugerahan terbabit disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman; Presiden DMDI Malaysia,Datuk Nasir Ghani; Pengerusi DMDI Melaka, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali dan Pengerusi DMDI Putrajaya, Datuk Joyah Abdul Rashid.

Daripada keseluruhan jumlah penerima, seramai 19 indvidu menerima Anugerah Kencana Bakti, tujuh penerima Anugerah Mutiara Citra dan tujuh lagi penerima Anugerah Derma Bakti Citra.

Dalam majlis tersebut turut diadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) DMDI Melaka, DMDI Putrajaya bersama 19 syarikat swasta, agensi kerajaan, persatuan dan  usahawan seluruh negara.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 300 usahawan DMDI dari seluruh negara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1966
Kongsi :
Previous post Anjur pertandingan skala besar, Tentera Darat sedia jalin kerjasama
Next post Seorang anggota TUDM maut, dua jurulatih cedera ketika latihan menembak
Ubah saiz-+=