37 kertas siasatan, 9 kompaun sepanjang tempoh PRN

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BUKIT BERUANG 22 Nov. – Polis membuka kertas siasatan membabitkan pelbagai kesalahan termasuk mengingkari prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 19 kertas siasatan yang dibuka membabitkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Katanya, 18 lagi kertas siasatan membabitkan kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Selain itu, sebanyak sembilan kompaun berjumlah RM120,000 telah dikeluarkan pihak polis kepada pelbagai parti kecuali parti Bebas di sepanjang tempoh PRN Melaka,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Majid berkata, sepanjang tempoh PRN bermula sehingga pengumuman kemenangan parti tidak ada insiden yang menggugat ketenteraman awam di Melaka.

Malah beliau memuji dan memberi penghargaan kepada semua rakyat yang memberikan kerjasama mengekalkan keamanan dan kesihatan awam sepanjang tempoh itu.

“Penghargaan buat rakyat di Melaka kerana matang dan hebat berikutan tidak terbawa bawa dengan sentimen politik, mereka lebih mementingkan kesihatan awam dan keselamatan.

“Inilah PRN Melaka di mana rakyat mendahulukan kesihatan awam dan undang undang dari kepentingan politik, rakyat Melaka memang hebat dan matang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

664
Kongsi :
Previous post Pak Wan nafi keluar kenyataan minta pemimpin PN letak jawatan
Next post Sindiket Abang 888 seludup dadah ke negara jiran bernilai RM1.5 juta tumpas
Ubah saiz-+=