Pak Wan nafi keluar kenyataan minta pemimpin PN letak jawatan

Masa Membaca:50 Saat

AYER KEROH 23 Nov – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, menafikan dakwaan meminta tiga pemimpin parti itu meletakkan jawatan susulan kekalahan parti Perikatan Nasional (PN).

Dakwaan dikeluarkan menerusi satu kenyataan yang menggunakan namanya itu tular di platform media sosial sejak semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah berkata, kenyataan bertajuk ‘Kekalahan PN di Melaka Harus Ditanggung 3 Individu’ yang menggunakan namanya adalah sama sekali tidak benar.

“Kenyataan yang berunsur fitnah itu adalah tanggungjawab daripada pihak yang terdesak dan kecewa.

“Malah berniat jahat untuk memecah belahkan kesatuan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),” katanya menerusi kenyataan media.

Terdahulu, tular di media sosial kenyataan itu yang antaranya mengandungi kekalahan teruk PN adalah signal strategi membalas dendam tidak diterima rakyat selain kempen parti itu disifatkan menemui kegagalan dan memalukan.

Dalam kenyataan itu juga, terdapat desakan agar Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Mas Ermiyanti meletak jawatan dalam kepimpinan Bersatu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

713
Kongsi :
Previous post Bekas warden penjara didakwa menyamar pegawai polis
Next post 37 kertas siasatan, 9 kompaun sepanjang tempoh PRN
Ubah saiz-+=