
Bekas warden penjara didakwa menyamar pegawai polis
IPOH 22 Nov – Seorang bekas warden penjara didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyamar sebagai pegawai polis.
Tertuduh, Zakwan Mahuri, 44, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menyamar sebagai penjawat awam iaitu sebagai anggota polis sedangkan mengetahui bahawa dia tidak memegang jawatan itu, atau dengan palsunya menyamari seseorang lain yang memegang jawatan itu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di perkarangan Pejabat Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak pada 9.50 pagi, 18 Nov lepas.
Dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 21 Dis.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sufi Aiman Azmi manakala tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh. -BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PAMA: MELAKA PERKUKUH AGENDA PENDIDIKAN, BANTU PELAJAR TERCICIR
MERLIMAU 28 Jun - Kerajaan Melaka terus membuktikan komitmennya dalam memperkasa pendidikan apabila melaksanakan pelbagai program kecemerlangan dan pembangunan sahsiah...
KONSEP ‘GLAMPING’ BAKAL DIPERKENALKAN DI TASIK CHIN CHIN
AYER KEROH 28 Jun - Taman Ekstrem Tasik Chin Chin (TETC) bakal dinaik taraf menerusi pelbagai penambahbaikan termasuk pengenalan konsep...
MPJ PRIHATIN: ‘KINI SAYA BOLEH TIDUR LENA’
RIM 28 Jun - Rata-rata penerima bantuan baik pulih rumah menerusi Program Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Prihatin sempena Wakil Rakyat...
TANJUNG BIDARA DUN PERTAMA DIPILIH LOKASI PENGANJURAN INTRADE DI MELAKA
TANJUNG BIDARA 28 Jun - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara menjadi DUN Pertama di Melaka yang dipilih dipilih...
LAUTAN CAHAYA, RIBUAN ANAK MUDA ‘MELAYAR JIWA’ DI AYER KEROH
AYER KEROH 28 Jun - Cahaya ribuan lampu telefon bimbit yang bergemerlapan memenuhi ruang Stadium Mini Bistari Ayer Keroh, malam...
ANUGERAH PERDANA BELIA JULAI INI, PENGIKTIRAFAN UNTUK ANAK MUDA MELAKA
RIM 28 Jun – Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Melaka 2026 dijangka diadakan pada 8 Julai 2026 sebagai...

