3,900 unit rumah siap dibina dalam tempoh setahun – LPM
AYER KEROH 18 Feb – Lembaga Perumahan Melaka (LPM) menyasarkan 3,900 unit rumah siap dibina dalam tempoh setahun sekali gus membantu setiap keluarga di negeri ini memiliki rumah sendiri.
Pengarah Eksekutifnya, Mohd Salleh Hamidom berkata, sasaran itu mampu dicapai selaras menjayakan hasrat Satu Keluarga Satu Rumah dalam tempoh sepuluh tahun akan datang.
Ujarnya, LPM sentiasa berganding bahu dalam memantau kesemua projek perumahan yang terbengkalai termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Klebang, sebelum ini.
“Kita ada dua projek PPR iaitu 250 unit bagi PPR Klebang dan 125 unit di Tangga Batu yang akan siap pada penghujung tahun ini.
“Hasrat LPM menyahut seruan kerajaan negeri untuk memastikan pada tahun 2028 sekurang-kurangnya 88 peratus penduduk Melaka mempunyai rumah.
“Sekarang ini mungkin hendak mencapai 100 peratus agak sukar kerana negeri maju yang lain turut berhadapan masalah global tetapi saya yakin dengan Melaka mencapai 83 peratus pemilikan rumah setakat ini, kita boleh meningkatkan lagi dengan syarat 3,900 unit rumah perlu siap dibina dalam tempoh setahun,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini di pejabatnya di Ayer Keroh.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA OPTIMIS PASTIKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT, NEGERI TERPELIHARA
BANDARAYA MELAKA 14 Disember - Kerajaan Melaka optimis memastikan kesejahteraan negeri dan rakyat terus terpelihara. Ketua Menteri, Datuk Seri Utama...
BANGUNAN IPD MELAKA TENGAH LAMA, DIJADIKAN MUZIUM PDRM
BANDARAYA MELAKA 14 Disember - Bangunan bekas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, akan dibangunkan sebagai Muzium Polis Diraja...
GOLF BERPOTENSI JADI SUKAN PELANCONGAN NEGERI MELAKA
AYER KEROH 14 Disember - Sebagai salah satu sukan yang dilihat berpotensi melahirkan ramai pelapis berbakat, Kerajaan Negeri meminta semua...
MAIM AGIH SUMBANGAN PERSEKOLAHAN KEPADA 8,800 ANAK ASNAF
BUKIT KATIL 14 Disember - Seramai 8,800 anak asnaf memperoleh manfaat hasil inisiatif Program Jom Ke Sekolah Bagi Anak-Anak Asnaf...
ME49: 1,342 KES DENGGI, DUA KEMATIAN DIREKOD – KKM
PUTRAJAYA 14 Disember - Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi...
PERTEGUH KESELAMATAN DEMI KEMAKMURAN MELAKA – KM
AYER KEROH 14 Disember - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin...