391 perajurit muda TUDM tamat latihan

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

IPOH 20 Mac. – Seramai 391 pelatih Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berjaya menamatkan latihan mereka di Padang Kawad, Akademi Tentera Udara (ATU) hari ini.

TUDM dalam satu kenyataan berkata kesemua pelatih yang terdiri daripada 308 lelaki dan 83 wanita itu diraikan dengan upacara Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Udara Siri 63/20 yang dirasmikan Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.

Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.

Kesemua pelatih berkenaan telah mengikuti latihan selama 24 minggu bermula 1 Oktober tahun lalu sehingga 31 Mac lalu.

Pada upacara perbarisan itu, Muhammad Fitri Mahadir, 23, dipilih sebagai penerima Anugerah Perajurit Muda Udara Terbaik Keseluruhan dan menerima Piala Pusingan Panglima Tentera Udara manakala Muhammad Sollahuddin Aziz, 20, dipilih sebagai Perajurit Muda Udara Akademik Terbaik.

TANGKAP layar video Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Udara Siri 63/20 . Foto YouTube

Sementara itu, Ackbal dalam ucapannya turut menzahirkan penghargaan kepada semua pelatih yang mempunyai azam dan iltizam yang kuat serta matlamat yang jelas untuk mempertahankan kedaulatan ruang angkasa negara dengan penuh komited dan berdedikasi.

“Selama hampir 63 tahun latihan asas perajurit muda udara bermula, pihak pengurusan latihan telah banyak melakukan penambahbaikan demi mempertingkatkan kemahiran dan kompetensi latihan agar ia mampu melahirkan anggota TUDM yang cergas berdisiplin, efektif dan efisien,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

904
Kongsi :
Previous post MUSA akur dipotong tiga mata
Next post Pesawat kargo Trigana Air tergelincir ketika mahu berlepas di Jakarta.
Ubah saiz-+=