(KEMASKINI) 43 positif COVID kluster di Kampung Portugis

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER MOLEK 21 Julai – Seramai 43 individu disahkan positif COVID-19 melibatkan Kluster Jalan D’Aranjo di Kampung Portugis, Ujong Pasir setakat semalam.

Exco Kesihatan Datuk Rahmad Mariman berkata keputusan itu diperoleh selepas hasil saringan seramai 150 individu di kampung tersebut Ahad lalu.

“Tiada kes baharu melibatkan Kluster Jalan D’Aranjo direkodkan dan jumlah kumulatif kes komuniti itu kekal sebanyak 43 kes,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada MHI selepas Program Rakaman Penyembelihan Lembu Korban di Kampung Bukit Gadong Paya Dalam malam tadi.

Ahad lalu, MHI melaporkan seramai 150 penduduk Kampung Portugis, diarahkan menjalani ujian calitan COVID-19 setelah  dipercayai kontak rapat kepada kes dari Kluster Jalan D’Aranjo.

Difahamkan, ujian saringan itu dilakukan secara berperingkat bertujuan untuk mengawal penularan wabak COVID-19 di kawasan berkenaan.

Mengulas lanjut, Rahmad berkatae ketika ini Melaka secara keseluruhan merekodkan 18 kluster aktif.

“Daripada jumlah itu sebanyak 24 adalah kluster industri, sekaligus membuktikan kluster ini sangat serius,” katanya.

Kluster D’Aranjo diumumkan pada 14 Julai lalu yang mula dikesan daripada seorang lelaki berusia 20 tahun yang disahkan positif pada 10 Julai lalu.

Kluster itu dipercayai merebak berpunca daripada aktiviti kunjung-mengunjung di perkampungan berkenaan.

 

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

724
Kongsi :
Previous post Berpidato pupuk penghayatan Rukun Negara
Next post ‘Perang’ COVID tak halang Rahmad lawat kawasan
Ubah saiz-+=