
46.7 peratus rakyat Melaka sudah mendaftar vaksin
AYER KEROH 19 Mei. – Jumlah individu yang mendaftar sebagai penerima vaksin di negeri ini mencecah 327,101 orang atau 46.7 peratus.
Menurut statistik dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri, jumlah itu meliputi 46.7 peratus daripada 701,000 populasi rakyat di negeri ini yang berusia 18 tahun dan memenuhi kriteria bagi menerima vaksin.
“Daerah Alor Gajah merekodkan pendaftaran seramai 68,214 daripada 153,000 orang atau 46.7 peratus individu yang memenuhi kriteria untuk menerima vaksin.
“Manakala daerah Melaka Tengah merekodkan pendaftaran seramai 209,358 daripada 431,500 individu atau 48.5 peratus.
“Bagi daerah Jasin, seramai 49,529 daripada 116,500 individu yang mendaftar sebagai penerima vaksin telah direkodkan atau 42.5 peratus,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: ALONG MAHU TERUS BEKERJA UNTUK RAKYAT, SEJAHTERAKAN ASAHAN
AYER KEROH 25 Oktober - Kepercayaan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi pembakar semangat Datuk Dr. Fairul...
MELAKA TIDAK LAGI SAMBUT MERDEKA DI TAPAK TINGGALAN PENJAJAH
TANJUNG BIDARA 25 Oktober - Melaka tidak lagi menjadikan kawasan sekitar Tugu Kota A Famosa sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan...
PRN MELAKA: NADARAJAH TEKAD PERTAHAN GADEK, BANTU BN TAMBAH KERUSI DUN
AYER KEROH 25 Oktober - Calon muka baharu Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek, S Nadarajah bertekad...
PRN MELAKA: AB RAUF TUNGGU LAPORAN SEBELUM BUAT KESIMPULAN ISU MCA
TANJUNG BIDARA 25 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh masih menunggu laporan berhubung tindakan kepimpinan MCA...
PRN MELAKA: TOK AJAK JANJI TERUSKAN KHIDMAT, TINGKAT KUALITI PERKHIDMATAN DI TELOK MAS
AYER KEROH 25 Oktober - Kesinambungan khidmat bakti serta penambahbaikan kualiti perkhidmatan kepada rakyat menjadi keutamaan Datuk Wira Abdul Razak...
MAHASISWA PERLU BERANI BONGKAR KEHEBATAN SEJARAH MELAYU
TANJUNG BIDARA 25 Oktober - Mahasiswa perlu berani meneliti, membongkar dan mendokumentasikan kehebatan sejarah Melayu bagi memastikan warisan tamadun bangsa...
