5 PROJEK JPS BERNILAI RM28.6 JUTA DISERAH KEPADA KERAJAAN MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

ALOR GAJAH 16 November – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menyerahkan lima projek bernilai RM28.6 juta yang siap dilaksanakan kepada Kerajaan Melaka.

Projek yang dilaksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu diserahkan sendiri Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri  Menteri PETRA, kepada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang mewakili Kerajaan Negeri Melaka.

Penyerahan itu berlangsung pada Majlis Penyerahan Projek Siap Kepada Kerajaan Negeri Melaka di Dewan Bougainvilla, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) di sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Speakar Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad serta Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin.

Yang turut hadir adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Air) PETRA Datuk Mohd Rodzman Mohd Baba Sakri dan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka,  Ir. Ts. Muhammad Khairudin Khalil.

Lima projek siap yang diserahkan adalah Projek Pemulihan Muara Sungai Di Negeri Melaka – Muara Sungai Baru, Projek Pemulihan Muara-Muara Sungai Di Negeri Melaka – Muara Sungai Punggor, Projek Mencegah Hakisan Pantai Telok Gong, Kerja-Kerja Pemasangan Dan Naik Taraf Peralatan Mekanikal dan Elektrik Bagi Stesen Rangkaian Hidrologi Nasional (RHN) sertaP rojek Pembinaan Stesen Hidrologi Telemetri dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Negeri Melaka Untuk Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRAB) Fasa 2.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

274
Kongsi :
Previous post MELAKA MOHON ZON MERAH BANJIR DIBERI PERHATIAN SEGERA
Next post TAPS, SUNGAI JERNIH PERLU DISIAPKAN SEGERA
Ubah saiz-+=