50 ‘rider’ diangkat duta kecil perkhidmatan Baitulmal

Masa Membaca:53 Saat

BUKIT PALAH 18 April- Seramai 50 ‘abang rider’ daripada pelbagai syarikat penghantar makanan diangkat menjadi duta kecil perkhidmatan Baitulmal.

Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Wira Md Rawi Mahmud berkata rakan penghantar atau mesra dipanggil abang rider merupakan antara golongan sasar penerima wang Baitulmal.

“Antara objektif program seumpama ini adalah dengan menyebarluaskan maklumat dan kefahaman berkaitan perkhidmatan Baitulmal yang disediakan oleh MAIM kepada seluruh umat Islam di Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Manfaat Wang Baitulmal ‘Sembang Santai bersama Abang Rider’ di Pusat Islam MAIM, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha MAIM Mohd Sharif Somathulla, Pengurus Baitulmal Noorazmi Hussin dan Pengerusi Rakan Penghantar Melaka Mohd Hizral Ali.

Pada majlis sama seramai 50 abang rider turut menerima wang sumbangan Baitulmal.

Md Rawi berkata program itu juga akan diteruskan pada masa akan datang untuk menjalin hubungan strategik dalam mengerat dan meningkatkan silaturahim, mahabbah dan perpaduan antara masyarakat bersama MAIM.

“Semoga dengan program seumpama ini dilaksanakan dapat memperkasakan pengurusan Baitulmal di masa akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

719
Kongsi :
Previous post Lebih 30 peratus harga tiket kapal terbang telah diturunkan – KSU MOT
Next post Lembaga Pelabuhan Melaka tetapkan kawasan labuhan khusus aktiviti ‘bunkering’ di Selat Melaka
Ubah saiz-+=