500 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada pengunjung

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

AYER KEROH 3 Mei. – Sebanyak 500 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada pengunjung Pasar Raya Mydin Ayer Keroh, di sini hari ini.

Timbalan Presiden Persatuan Pelancongan Melaka Mohd Farid Eshak berkata, pengagihan bubur lambuk berkenaan adalah sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) persatuan itu dalam menyantuni masyarakat Islam sempena Ramadan.

Katanya, program berkenaan turut mendapat kerjasama bersama Melaka Hari Ini (MHI) yang bertindak sebagai rakan media program terbabit.

Timbalan Presiden Persatuan Pelancongan Melaka (MTA), Mohd Farid Eshak. Foto: MR. Azli

“Alhamdulillah, jika tahun lalu kita tidak dapat mengedarkan bubur lambuk kerana PKP (Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun ini ia dapat dilaksanakan dan diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

“Pengagihan bubur lambuk adalah aktiviti CSR MTA dalam bulan Ramadan yang mana sebelum ini kita memberikan bantuan keperluan asas dari rumah ke rumah bagi golongan asnaf dan fakir miskin.

“Sambutan yang mengalakkan dapat dilihat kerana tidak sampai satu jam kita dapat menyelesaikan misi mengedarkan 500 bungkus bubur lambuk kepada pengunjung pasar raya berkenaan,” katanya ketika ditemui MHI di pekarangan pasar raya berkenaan di sini hari ini.

SA’ARI (tengah) diiringi Anuar (kanan) bersama Madelina Kuah (dua dari dari kanan) mengagihkan bubur lambuk kepada pengunjung. Foto: MR. Azli

Hadir sama, Presiden Madeline Kuah Wey Lee dan Ketua Pegawai Operasi (COO) MHI, Anuar Shaari.

Menurutnya, pelbagai program CSR MTA turut direncanakan menjelang Hari Raya Aidilfitri ini untuk menyantuni golongan yang lebih memerlukan.

“Kita turut mengedarkan kit makanan dan bantuan hari raya termasuk duit raya serta barangan keperluan asas kepada golongan asnaf dan fakir miskin bagi menyambut perayaan Aidilftri.

“Insya-Allah selepas Aidilftiri nanti kita akan rangkakan program MTA lain termasuk berkaitan kaedah merancakkan sektor pelancongan di negeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1294
Kongsi :
Previous post Neelofa dan suami dipanggil beri keterangan isu pelanggaran SOP PKPB dalam masa terdekat- Polis Nilai
Next post JAIM perketat SOP masjid dan surau
Ubah saiz-+=