50,000 dijangka hadir ke Ceramah Perdana Maal Hijrah

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 5 Julai – Dianggarkan 50,000 umat Islam akan hadir bagi bersama-sama memeriahkan Ceramah Perdana Maal Hijrah Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024M/1446H yang akan berlangsung di Stadium Hang Jebat, malam esok.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman berkata, anggaran itu adalah berdasarkan kepada penganjuran sebelum ini selain penampilan penceramah terkenal Ustaz Abdul Somad.

“Untuk malam esok kita jangkakan kira-kira 50,000 pengunjung akan hadir untuk bersama-sama mendengar ceramah yang akan disampaikan.

“Selain ceramah beberapa acara menarik turut diatur termasuklah penyampaian anugerah tokoh Maal Hijrah,” katanya.

Mengulas lanjut Shadan berkata, pihaknya percaya jumlah petak parkir kenderaan sekitar Stadium Hang Jebat juga mampu menampung jumlah pengunjung yang tinggi.

“Berdasarkan penganjuran sebelum ini, kita tidak berdepan masalah parkir. Selain perkarangan Stadium Hang Jebat pengunjung boleh meninggalkan kenderaan masing-masing di beberapa lagi kemudahan sukan berhampiran yang juga mempunyai kawasan parkir.

“Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan menggerakkan pegawai penguatkuasa mereka untuk membantu mengawal lalu lintas dan menjaga keselamatan pengunjung, sekali gus memastikan program berlangsung dengan lancar,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

682
Kongsi :
Previous post Polis tumpaskan sindiket rekrut ‘programmer’ judi dalam talian
Next post Lelaki Bangladesh ditahan, jadikan hotel markas pemalsuan pasport
Ubah saiz-+=