50,000 ‘healing’ malam minggu di Banda Hilir

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

BANDA HILIR 11 September – Kira-kira 50,000 pengunjung direkodkan di Banda Hilir dalam tempoh sebulan pelaksanaan inisiatif Zon Bebas Kenderaan pada setiap Sabtu malam minggu.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata, secara purata, lebih 10,000 pengunjung direkodkan setiap minggu selepas Kerajaan Negeri melaksanakan inisiatif Santai @Banda Hilir, bulan lalu.

Katanya, jumlah pengunjung tertinggi dicatat pada minggu kedua dan ketiga iaitu masing-masing mencecah 15,000 pengunjung.

“Rata-rata pengunjung hadir ke kawasan Zon Bebas Kenderaan ini mereka memberikan respon positif kerana setiap minggu kita akan adakan pelbagai aktiviti menarik dalam kawasan Zon Bebas Kenderaan ini.

“Antaranya Malam Belia Berkarya, acara fun run dan yang terbaharu Neon Walk untuk membantu pesakit kanser.

“Jumlah pengunjung paling ramai kita catatkan ialah pada minggu cuti sekolah iaitu minggu kedua dan ketiga Zon Bebas Kenderaan dengan anggaran 15,000 pengunjung setiap minggu,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

FB_IMG_1694346010914
ANTARA pengunjung yang memeriahkan inisiatif Zon Bebas Kenderaan setiap Sabtu malam minggu. Foto: MBMB

Mengulas lanjut, Shadan berkata, berikutan sambutan yang semakin memberangsangkan, pihaknya akan merangka lebih banyak program dan aktiviti menarik pada minggu akan datang.

“Antara yang kita rancang ialah pertunjukkan muzikal (Tattoo) daripada wira-wira askar kita, selain pelbagai lagi acara yang mana semestinya lebih seronok, ekstrem dan akan menarik lebih ramai pengunjung.

“Pertunjukan dan persembahan yang kita rancang akan diadakan di hadapan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan dan selepas itu pengunjung boleh berjalan- jalan menghirup udara malam di sekitar kawasan Zon Bebas Kenderaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1331
Kongsi :
Previous post Zon Bebas Kenderaan: Laluan pejalan kaki, kenderaan mobiliti akan diselaras semula
Next post Sekampung warga Merlimau tonton wayang
Ubah saiz-+=