
507,050 dos vaksin diberikan semalam, tertinggi setakat ini – Dr Adham
KUALA LUMPUR 23 Julai – Jumlah pemberian vaksin harian COVID-19 melepasi angka 500,000 semalam selepas mencatatkan sebanyak 507,050 dos suntikan, jumlah tertinggi setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Menerusi perkongsian di Twitter, beliau berkata daripada jumlah itu 335,977 adalah dos pertama, manakala 171,073 adalah dos kedua.
Jumlah pemberian vaksin COVID-19 harian tertinggi menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan sejak 24 Februari sebelum ini adalah pada Jumaat lepas dengan sebanyak 460,158 dos suntikan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF BERKHIDMAT SEPENUH HATI: PIMPIN MELAKA, JAGA TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 30 September - Menjadi seorang Ketua Menteri dan pada masa sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara...
LEBIH 31,000 RAKYAT MELAKA TERIMA MANFAAT MESRA KEBAJIKAN
AYER KEROH 30 September – Kerajaan Negeri terus memperkukuh agenda kebajikan rakyat menerusi gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) menerusi inisiatif...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN TAWAR PENGURANGKAN KOMPAUN, ELAK RAKYAT TERBEBAN TUNGGAKAN
AYER KEROH 30 September - Kebajikan rakyat terus diberikan perhatian menerusi gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan merangkumi usaha...
ZIARAH KASIH ‘AH SEM’ BAWA KECERIAAN
MACHAP JAYA 30 September - Pagi yang kebiasaannya agak suram buat A.R Kanasamy, 71, bertukar ceria apabila dia menerima kunjungan...
PENGALAMAN MELAKA URUS TAPAK WARISAN JADI RUJUKAN
BANDA HILIR 30 September - Pengalaman Melaka mengekalkan pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO menjadi rujukan Yayasan Johor Corporation (Yayasan...
DUN AYER LIMAU: AGAMA SUBUR, PERPADUAN MEKAR
AYER LIMAU 30 September - Aspek keagamaan dan kerohanian menjadi antara asas penting dalam memastikan pembangunan masyarakat di Dewan Undangan...
