Abdul Latiff terima Anugerah Tokoh Kepimpinan Peradaban Warisan

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

BUKIT KATIL 18 Jan – Pengerusi Majlis Penasihat Warisan Peradaban Melayu Lembaga Bahasa Melayu, Tan Sri Profesor Abdul Latiff Abu Bakar dikurniakan Anugerah Tokoh Kepimpinan Peradaban Warisan daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Anugerah itu disampaikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman dalam Majlis Amanat Ketua Menteri Melaka Bersama Warga JAIM di Bayou Lagoon Convention Centre, baru-baru ini.

Dalam majlis berkenaan, Melaka Hari Ini (MHI) turut diiktiraf rakan strategik JAIM selain agensi kerajaan yang lain termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Melaka (SPRM) negeri, Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka, Jabatan Kehakiman Syariah negeri dan Pejabat Daerah Jasin.

Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Wira Md Rawi Mahmud berkata, anugerah itu bersesuaian dengan tema majlis iaitu ‘Mendahului Perubahan, Memimpin Peradaban’ yang bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan tokong pejuang peradaban Melayu di negara ini.

“Anugerah khas itu diberikan kepada tokoh pejuang peradaban Melayu dalam usaha memartabatkan dan mewarisi perjuangan peradaban Melayu di negara ini, khususnya di Melaka,” katanya ketika berucap dalam majlis berkenaan, memetik laporan portal Dewan Budaya.

BARISAN dif kehormat pada Majlis Amanat YAB Ketua Menteri Melaka Bersama Warga JAIM.

Dalam pada itu, Abdul Latiff berkata, beliau bersyukur dan gembira diberikan penghormatan berkenaan sebagai mengiktiraf dirinya yang berjuang untuk memartabatkan peradaban Melayu.

“Sumbangan ini penting, lebih-lebih lagi saya lihat apabila saya menjadi Ahli MAIM dan penasihat kepada JAIM, saya tetap tegaskan bahawa Islam tetap dijunjung sebagai agama kita, manakala adat dan warisan Melayu dikendong.

“Banyak amalan, budaya dan pakaian yang terdapat dalam kebudayaan Melayu. Sebagai contohnya, pemakaian tanjak, baju Melayu dan busana warisan amat sinonim sebagai pakaian kebudayaan Melayu,” katanya.

“Anugerah ini menaikkan semangat saya untuk berjuang, terus berjuang memperkasakan adat warisan Melayu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1732
Kongsi :
Previous post FAM perjelas dakwaan mengenai Jaami Qureshi tidak beri peluang wakili Malaysia
Next post Hutan Simpan Kledang Saiong dapat kelulusan membalak oleh pihak berkuasa negeri pada 2018
Ubah saiz-+=