5,500 PESERTA PROMOSI TRADISI MELAKA MELALUI LARIAN BUDAYA ANTARABANGSA DUYONG KITA 2024

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Lebih 5,500 peserta dijangka memeriahkan Larian Budaya Antarabangsa Duyong Kita 2024 yang diadakan bersempena dengan Tahun Melawat Melaka 2024 pada 22 Dis ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata acara itu dianjurkan untuk menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal, di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan antara peserta dengan pengunjung.

“Selain menjadi hiburan keluarga, acara ini diharapkan dapat memberi impak positif dalam mengetengahkan tradisi dan budaya negeri Melaka,” katanya ketika menjadi tetamu program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV di sini hari ini.

Mohd Noor Helmy berkata larian sejauh 5.5 kilometer bermula pada 7.30 pagi di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit, Melaka dan berakhir di lokasi samabertemakan adiwira dan pakaian tradisi itu akan diisi dengan pelbagai program, seperti persembahan dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa had usia.

Beliau berkata setakat ini, peserta termuda yang bakal menyertai acara itu berumur lapan bulan manakala paling berusia ialah 80 tahun, dan acara berkenaan turut melibatkan wakil dari Brunei, Indonesia, Singapura dan Bangladesh.

Beliau berkata acara itu memberi peluang kepada peserta untuk memenangi pelbagai hadiah menarik melalui cabutan bertuah, antaranya motosikal, barangan elektrik dan pemasangan sistem solar.

Pendaftaran untuk program itu kini dibuka dengan yuran penyertaan sebanyak RM10, dan peserta boleh mendaftar secara dalam talian melalui media sosial Larian Budaya Antarabangsa Duyong Kita 2024. – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

249
Kongsi :
Previous post MELAKA NEGERI PERTAMA PERKENAL MODUL TERAPI MEMANCING ‘FISH ON’
Next post KUTIPAN ZAKAT PERNIAGAAN DI MELAKA MENINGKAT
Ubah saiz-+=