
67 jabatan, agensi tampil bantu selesai aduan rakyat
AYER KEROH 22 Jun – Sebanyak 67 agensi dan jabatan mengambil bahagian pada Program Hari Bertemu Rakyat (Open Day) berlangsung di Dewan A, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, bermula jam 9 pagi tadi.
Inisiatif itu membolehkan orang ramai bersemuka secara terus bersama Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, barisan Exco, Timbalan Exco dan ketua jabatan berkenaan.
Program itu juga platform untuk rakyat mendapatkan maklumat terkini berkenaan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh jabatan dan agensi di Negeri Melaka.
Pelaksanaan program itu selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri mahu mendekati rakyat bagi mendengar segala permasalahan, sekali gus menambah baik perkhidmatan sedia ada.
Terdahulu Ab Rauf, berucap merasmikan Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka Bagi Bulan Jun 2023.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Fairul Nizam Roslan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
APC IKTIRAF BAKTI PENJAWAT AWAM PERKASA PELANCONGAN MELAKA
BANDA HILIR 1 Julai – Pengalaman ditugaskan di pelbagai jabatan dan berani menyahut cabaran untuk mempelajari perkara baharu menjadi kunci...
POLIS MELAKA SUDAH BERSEDIA HADAPI PRN KE-16
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Polis Kontinjen Melaka melakukan persiapan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16. Ketua...
TERIMA KASIH TOK RAUF, RAKYAT PUAS HATI MAKAN DURIAN PERCUMA
ASAHAN 1 Julai - Inisiatif Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh belanja durian secara percuma untuk penduduk di...
KERJASAMA SEMUA AGENSI PASTIKAN KELANCARAN PRN MELAKA KE-16
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Kerjasama semua agensi berkaitan amat penting bagi memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 tidak...
‘SAYA MAHU PRN MELAKA DIURUS SECARA PROFESIONAL DAN SELAMAT’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Atas dasar menghormati prinsip demokrasi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mahu Pilihan...
MAIM PERKENAL TAKWIM HIJRAH DIGITAL
AYER KEROH 30 Jun – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan Takwim Hijrah dalam versi digital bagi memudahkan orang ramai...
