Permohonan sukarelawan duta kecil pelancongan dibuka

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

GADEK 21 Jun – Permohonan bagi sukarelawan duta kecil pelancongan kini dibuka kepada belia sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugam berkata, Kerajaan Negeri menyasarkan 500 sukarelawan yang diperlukan bagi membantu sambutan itu untuk ditempatkan di pusat-pusat pelancongan utama di negeri ini.

Katanya, permohonan itu boleh dilaksanakan secara di atas talian menerusi laman sesawang Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Melaka.

“Sempena TMM2024, Kerajaan Negeri berhasrat memerlukan 500 sukarelawan dari seluruh negeri untuk membantu pelancong-pelancong yang bakal datang melancong ke negeri ini.

“Buat masa ini, Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh akan mengumumkan ganjaran dan bantuan-bantuan yang bakal disalurkan kepada mereka yang menyertai sukarelawan ini dan akan dibekalkan dengan kursus-kursus berkaitan pelancongan.

“Permohonan ini boleh dimohon secara atas talian mulai minggu ini dan ia terbuka kepada semua individu khususnya pelajar lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan mana-mana anak Melaka dalam had umur belia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas merasmikan Program Tayangan Big Screen Melaka 2023 diadakan di Dataran Bandar Satelit Pulau Sebang, Alor Gajah, di sini.

Hadir sama, Hadir sama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Melaka, Khairul Adri Rosli serta tetamu lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1429
Kongsi :
Previous post KYSBS Selongkar Budaya angkat rasa cintai warisan negara
Next post 67 jabatan, agensi tampil bantu selesai aduan rakyat
Ubah saiz-+=