7 kematian, empat kluster baharu direkodkan di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 28 Julai – Terdapat empat kluster baharu direkodkan di Melaka, hari ini membabitkan penularan jangkitan COVID-19 di tempat kerja dan komuniti.

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, empat kluster itu antara 41 kluster baharu yang direkodkan aktif di negara ini.

Dalam kenyataannya, KKM secara ringkas melaporkan tiga kluster membabitkan tempat kerja iaitu Kluster Jalan PBR 38, Kluster Jalan Food City dan Kluster Tapak Bina Ayer Salak.

“Kluster komuniti pula dikenali sebagai Kluster Taman Bertam Indah,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, sebanyak tujuh kematian akibat COVID-19 direkodkan hari ini dengan semua mangsa mempunyai latar belakang penyakit kronik dan meninggal dunia di hospital.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan negeri menerusi perkongsian infografik di Facebook memaklumkan 531 kes positif baharu dicatatkan hari ini menjadikan kumulatif kes di Melaka menjadi 29,672.

Katanya, kontak keluarga masih menjadi penyumbang terbesar kes harian di negeri ini iaitu sebanyak 194 kes, diikuti kluster kilang (139 kes), saringan bergejala orang ramai (68 kes), tempat kerja bukan kilang (23 kes) dan institusi penjara (enam kes).

“Sehingga kini 4,630 kes masih dirawat di hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) awam dan swasta.

“Daripada jumlah itu, 98 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 18 memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Katanya, sebanyak 327 kes sembuh telah direkodkan hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

394
Kongsi :
Previous post Kempen Insentif Vaksinasi ‘Vax & Win’ tawar hadiah bernilai hampir RM1 juta
Next post Semua pendidik terima sekurang-kurangnya satu dos sebelum sekolah buka
Ubah saiz-+=