
73 ANAK PAYA RUMPUT SERTAI KHATAN PERDANA PERCUMA
PAYA RUMPUT 28 Disember – Seramai 73 kanak-kanak menyertai Program Jom Berkhatan Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput 2025 di Dewan Masjid As-Solihin, di sini, hari ini.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, program khatan perdana itu bukan sahaja memudahkan ibu bapa untuk menunaikan tuntutan agama, malah membantu meringankan beban kewangan keluarga, khususnya golongan berpendapatan rendah.
“Alhamdulillah, program tahunan ini terus mendapat sambutan yang sangat baik daripada ibu bapa. Semua kanak-kanak yang menyertai program ini, tanpa mengira usia, diberikan perkhidmatan secara percuma.
“Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan ini dan penyelaras program, saya tidak mahu sebarang bayaran dikenakan kepada mereka,” katanya ketika ditemui pada program itu.
Menurutnya, program seumpama itu akan diteruskan lagi dengan penganjuran sesi kedua pada tahun hadapan apabila tiba musim cuti sekolah.
Hari pertama program yang dianjurkan di (DUN) Sungai Udang mencatatkan penyertaan seramai 55 kanak-kanak.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MeSRa MAHASISWA SUNTIK SEMANGAT ANAK MELAKA KE IPT
SERI NEGERI 3 Oktober - Inisiatif Kerajaan Negeri di bawah gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Mahasiswa memberi suntikan semangat kepada...
11.2 JUTA PELANCONG KE MELAKA SETAKAT OGOS, JANA EKONOMI RM11.32 BILION
BANDA HILIR 3 Oktober - Melaka merekodkan kehadiran lebih 11.2 juta pelancong sehingga Ogos 2026, dengan anggaran sumbangan sebanyak RM11.32...
MELAKA TEROKA PELANCONGAN SUKAN, SASAR ACARA BERTARAF DUNIA
BANDA HILIR 3 Oktober - Melaka sedang meneroka pelancongan sukan sebagai produk baharu bagi menarik lebih ramai pelancong menerusi penganjuran...
MELAKA ‘MESRA’ KESIHATAN RAKYAT
AYER KEROH 3 Oktober - Agenda kesihatan rakyat Melaka terus diperkasa menerusi pendekatan menyeluruh yang merangkumi pencegahan penyakit, saringan awal,...
SENTUHAN TOK RAUF PASTIKAN RAKYAT TANJUNG BIDARA SELESA
TANJUNG BIDARA 3 Oktober - Meskipun infrastruktur asas di Tanjung Bidara berada pada tahap baik, aspek penyelenggaraan serta keperluan kecil...
MASJID AL-JAWAHIR, WARISAN 115 TAHUN YANG TERUS DIIIMARAH
TANJUNG BIDARA 3 Oktober - Berdiri sejak 1911, Masjid Al-Jawahir, Pengkalan Balak bukan sekadar menjadi tempat ibadah masyarakat setempat, malah...
