76 pegawai, kakitangan Mahkamah Syariah Negeri Melaka lafaz IBR

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

AYER KEROH 8 Mei – Seramai 76 pegawai serta kakitangan Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) menyatakan komitmen untuk bebas rasuah dengan melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) disaksikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Ketua Hakim Syarie MSNM Datuk Mohd Nadzri Abdul Rahman berkata, ia salah satu fungsi pengukuhan integriti kepada warga MSNM untuk sentiasa membentuk perkhidmatan yang berkualiti dan berintegriti.

“Dengan adanya IBR  kita mengetahui salah laku anti rasuah, punca rasuah, bahana rasuah kepada diri sendiri, keluarga dan kehidupan serta kepentingan mengamalkan gaya hidup berintegriti.

“Pada program ini juga kita menyerahkan sijil kepada Ketua Pendaftar MSNM sebagai Penyelaras Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) MSNM, Mohammad Zulkhairi Aziz dengan mewujudkan medium aduan rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Kesedaran Integriti dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Pegawai dan Kakitangan MSNM Tahun 2021, semalam.

Lafaz IBR diadakan secara fizikal mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan secara atas talian bagi yang tidak dapat menghadirikan diri secara fizikal.

Ianya diketuai Mohd Nadzri disaksikan Pengarah SPRM Melaka, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail serta beberapa pegawai SPRM dan disusuli majlis menandatangani IBR.

Hadir sama Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah, Abdul Razak Mat Nayan; Penolong Pegawai Syariah Unit Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) MSNM, Ahmad Adzri Mohd Adnan dan lain-lain kakitangan MSNM.

Pada program itu turut diadakan penyampaian sijil pelantikan Pegawai Integriti serta ahli-ahli Unit Integriti MSNM, Pegawai Integriti MSNM serta beberapa pegawai dan kakitangan MSNM sebagai Pembantu Pegawai Integriti MSNM.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1307
Kongsi :
Previous post The Minangkabau Press: Expressions of Kemadjoean, Kaum Muda and Kaum Tua in the Sumatra Westkust
Next post Tiada cadangan laksana PKP menyeluruh – Ismail Sabri
Ubah saiz-+=