8 ‘port’ makan wajib singgah kalau datang ke Melaka

Masa Membaca:3 Minit, 39 Saat

TAHUKAH anda Melaka bukan sekadar destinasi bercuti yang menyeronokkan, malah kewujudan kedai-kedai makan ‘viral’ ibarat cendawan tumbuh juga menjadi nilai tambah untuk sektor pelancongan negeri ini.

Sama ada sarapan pagi, makan petang atau malam, pelbagai pilihan kedai makan boleh dikunjungi.

Berikut disenaraikan lapan ‘port’ makan wajib anda cuba jika datang ke Negeri Melaka.

1. Roti Canai Kayu Arang
Roti Canai Kayu Arang

1. Roti Canai Kayu Arang

Jangan risau untuk pergi sarapan di mana, terletak sekitar 15 minit dari Bandar Melaka kedai Roti Canai Kayu Arang di Bachang menyajikan pelbagai jenis roti canai menggunakan kayu arang dengan aroma berbeza.

Selain roti canai biasa, ada juga roti canai nachos, roti tampal, roti bom, roti telur dan banyak lagi. Di samping roti ada juga menu lain untuk memenuhkan perut yang lapar seperti nasi lemak, aneka kuih-muih dan lain-lain lagi.

 

2. Kari Kepala Ikan Mitc
Kari Kepala Ikan Hotel MITC

2. Kari Kepala Ikan MITC

Penat berjalan seharian di Bandar Melaka, bolehlah singgah di restoran atau kafe yang ada di Hotel MITC Ayer Keroh untuk mencuba Kari Kepala Ikan Asahan.

Kuahnya cukup pekat dan kari kepala ikan yang dihidangnya cukup besar untuk seisi keluarga menjamu selera, bukan itu sahaja rasanya cukup enak dengan menggunakan ikan segar sehingga membangkitkan selera.

 

3. Kafe Markisa
Kafe Markisa

3. Kafe Markisa

Selain tertumpu di Bandar Melaka, apa kata sekali-sekala anda meneroka daerah Jasin, antaranya Kafe Markisa yang terletak di Kampung Chinchin.

Kafe ini menjanjikan pengalaman menjamu selera terindah untuk seisi keluarga kerana ia terletak di tepi tasik dan dipenuhi kehijauan alam semulajadi.

Antara menu istimewa di sini ialah kambing bakar, tempoyak ikan patin dan pelbagai makanan ‘western’ turut disediakan.

 

4. Cendol Kampung Hulu
Cendol Kampung Hulu

4. Cendol Kampung Hulu

Selepas menjamah makanan berat, apa kata anda menikmati Cendol Kampung Hulu yang popular ini untuk membasahkan tekak.

Rasa cendol di sini agak berbeza, lebih pekat berlemak santan daripada cendol yang lain kerana cara penyediaannya luar biasa, sambil menikmati cendol anda boleh melihat pemandangan indah di sungai Melaka.

 

5. Warung Hijau Rojak Sotong
Warung Hijau Rojak Sotong

5. Warung Hijau Rojak Sotong

Kalau ke Masjid Tanah, jangan lupa singgah ke Kampung Durian Daun untuk mencuba makanan ‘viral’ do Warung Hijau Rojak Sotong. Walaupun digelar warung, namun jangan disangka makanannya biasa-biasa sahaja.

Ini kerana warung ini menyajikan rojak dan mi yang dipadankan dengan makanan laut seperti sotong dalam saiz gergasi. Sudahlah besar dan segar, rasanya pula sedap dan harga menu di sini bergantung kepada saiz sotong yang dihidangkan.

 

6. Tandoori & Naan Kota Laksamana
Tandoori & Naan Kota Laksamana

6. Tandoori & Naan Kota Laksamana

Bagi mereka yang gemarkan roti naan dan tandori, Restoran Pak Putra adalah jawapannya. Restoran yang terletak di Taman Kota Laksamana ini menyediakan pelbagai pilihan roti, sama ada roti naan, roti naan garlic, roti naan cheese, naan keema atau naan kentang.

Restoran ini dibuka pada lewat petang sehingga ke tengah malam, dan ia sangat sesuai dilawati selepas puas berjalan di sekitar Bandaraya Melaka.

 

7. Pizza Parang
Pizza Parang

7. Pizza Parang

Jika mahu keluar daripada kesesakan bandar Melaka, singgah lah ‘Grass Stream Kitchen’ di Kampung Paya Rumput untuk merasai tempat makan yang unik dengan suasana tenang dan damai.

Uniknya kedai ini menyajikan menu barat seperti pizza atau lebih dikenali sebagai ‘Pizza Parang’, memang ‘rare’ kerana tukang masaknya memotong pizza menggunakan parang di hadapan mata pelanggan.

Terdapat menu-menu ‘fusion’ antara masakan kampung dan barat contohnya, pizza daging salai masak lemak cili padi dan juga karbonara lemak cili padi pasta, anda wajib cuba jika singgah kedai ini.

 

8. Asam Pedas Pasar Borong
Asam Pedas Pasar Borong

8. Asam Pedas Pasar Borong

“Cubalah makan asam pedas orang Melaka, sekali makan tiga bulan hai tak lupa..” Bait-bait lirik Senandung Anak Melaka ini menggambarkan bahawa asam pedas merupakan antara makanan yang wajib di cuba kalau datang ke Melaka.

Antara yang popular sudah pastilah Asam Pedas Pasar Borong yang terletak di Batu Berendam. Gerai asam pedas di sini cukup popular sehinggakan suasananya begitu meriah terutama pada waktu malam.

—————————————————————————————————————————————–

**Sebenarnya, ada banyak lagi tempat makan best yang lain di Melaka. Nantikan sambungannya ya…..**

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4396
Kongsi :
Previous post Jangan guna media sosial untuk sebar kebencian
Next post Windmill Pink Market: ‘Port’ santai Sungai Melaka
Ubah saiz-+=