80 peratus pekerja Hotel MITC lengkap dua dos vaksin

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 25 Ogos – Hotel MITC menyasarkan kesemua 65 kakitangannya akan melengkapi kedua-dua dos vaksinasi COVID-19 menjelang September depan.

Pengurus Kanan Jualan Hotel MITC, Aida Karim berkata setakat ini sebanyak 80 peratus pekerja Hotel MITC telah pun diberikan dua dos vaksin dan hanya 20 peratus masih belum lengkap vaksin.

“Jika persediaan Melaka untuk beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), 80 peratus pekerja di sini telahpun lengkap dua dos vaksin.

“Kita berusaha untuk memastikan kakitangan Hotel MITC mendapat vaksin yang lengkap bagi memudahkan urusan dengan pelanggan selepas ini,” katanya kepada MHI.

 

AIDA.

Katanya dengan melengkapkan vaksin itu, sudah pasti ia memberi kelegaan kepada pihak hotel selain pelanggan yang ingin datang ke hotel berasa yakin dan selamat.

“Hotel MITC mempunyai seramai 65 kakitangan tidak termasuk pelatih dari institusi pengajian tempatan dan pekerja sambilan, tetapi majoritinya mereka ini sudah menerima vaksin,” katanya.

Pada masa sama, Aida berkata Asahan Cafe Hotel MITC akan dibuka semula mulai 30 Ogos ini dan bagi mereka yang lengkap dua dos vaksin boleh menjamu selera di hotel tersebut.

“Selain itu, sempena bulan kemerdekaan Hotel MITC menawarkan pakej penginapan dan makan minum yang menarik.

“Individu yang lengkap dua dos vaksin selepas tempoh matang akan dapat diskaun 50 peratus penginapan dan 20 peratus diskaun untuk kesemua makan dan minum di Hotel MITC sehingga hujung September,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

506
Kongsi :
Previous post Lebih 13 juta individu di Malaysia lengkap dua dos vaksin
Next post Hotel MITC rancang buka Asahan Cafe 2 di Jeti Taman Rempah
Ubah saiz-+=