
Lebih 13 juta individu di Malaysia lengkap dua dos vaksin
KUALA LUMPUR 26 Ogos – Sebanyak 42.4 peratus populasi keseluruhan di Malaysia atau 13,842,928 individu telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
Menerusi perkongsian maklumat di laman Twitter rasmi, JKJAV memaklumkan setakat semalam juga, seramai 18,792,979 individu atau 57.5 peratus sudah menerima dos pertama menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini 32,635,907 dos.
Menurut perkongsian maklumat itu, peratusan populasi dewasa yang menerima kedua-dua dos meningkat kepada 59.1 peratus setakat semalam berbanding 58 peratus, pada Isnin.
Dalam pada itu, vaksinasi harian semalam pula sekali lagi mencatat peningkatan kepada 423,380 dos berbanding 420,164 dos pada Isnin, dengan 261,994 daripadanya merupakan dos kedua dan baki 161,386 adalah dos pertama.
PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MFH SALUR RM54.5 JUTA BANTU RAKYAT MELAKA MILIKI KEDIAMAN
BANDARAYA MELAKA 21 Mei - Sebanyak RM54.5 juta telah diluluskan oleh Melaka Finance House Berhad (MFH) bagi pembiayaan pinjaman di...
SELEWENG ‘FLEET CARD’ 4 LELAKI DITAHAN KPDN
AYER KEROH 21 Mei - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menahan empat lelaki selepas dipercayai...
CAT PANTULAN HABA TANGANI ‘BAHANG’ FLAT PERUMAHAN AWAM
PENGKALAN BATU 21 Mei - Lebih 2,000 penduduk Rumah Pangsa Pantai Peringgit di sini, menerima manfaat daripada inisiatif daya tahan...
ANUGERAH USAHAWAN MELAKA KEMBALI, 10 KATEGORI DIPERTANDINGKAN
KESIDANG 21 Mei - Pencalonan bagi Anugerah Usahawan Negeri Melaka (AUNM) 2026 kini dibuka kepada semua usahawan tempatan yang berpotensi...
MELAKA SUMBANG 92 EKOR LEMBU KORBAN SEMPENA AIDILADHA
TANJUNG BIDARA 21 Mei - Kerajaan Negeri menyumbangkan 92 ekor lembu bagi memeriahkan lagi ibadah korban di Melaka bersempena sambutan...
KETUA MENTERI, ISTERI BERLEPAS KE TANAH SUCI
TANJUNG BIDARA 21 Mei - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, bersama isteri Datin Seri Utama Datuk Wira...
