Hotel MITC rancang buka Asahan Cafe 2 di Jeti Taman Rempah

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

AYER KEROH 25 Ogos – Pengurusan Hotel MITC dalam perancangan untuk membuka cawangan kedua Asahan Cafe di Jeti Taman Rempah Awal Oktober depan.

Pengurus Kanan Jualan Hotel MITC, Aida Karim berkata pembukaan itu akan dimuktamadkan selepas Melaka River Cruise (MRC) kembali beroperasi bagi menarik lebih ramai pelanggan.

“Perancangan pihak Hotel MITC dan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai (PPSPM) untuk menetapkan tarikh pembukaan Asahan Cafe 2 di Jeti Taman Rempah belum pasti…mungkin hujung September atau awal Oktober.

“Kita akan tunggu sehingga MRC beroperasi semula untuk buka cafe tersebut, bagaimanapun menu-menu yang ada di Asahan Cafe di Hotel MITC masih sama seperti Kari Kepala Ikan dan masakan Nyonya yang popular,” katanya kepada MHI.

Ujarnya, pada masa sama Hotel MITC turut menawarkan pelbagai pakej menarik bagi memastikan pelancong terus menggunakan perkhidmatan di hotel itu.

“Dalam tempoh pandemik, kita masih beroperasi seperti biasa termasuklah aktiviti penghantaran makanan dan penginapan khasnya kepada ‘frontliner’ dan orang awam dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kita menjalankan pemasaran secara intensif untuk mempromosikan produk hotel seperti Bento harian, kari kepala ikan, promosi penginapan untuk frontliner, penjawat awam, penginapan dan pakej norma baru dengan harga istimewa” katanya lagi.

Beliau berharap Melaka segera beralih kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi memastikan sektor pelancongan di negeri ini kembali berkembang.

“Sebagai penggiat industri perhotelan, kita harap agar sempadan daerah dapat dibuka, paling tidak dalam Fasa 2 atau 3 nanti.

“Ini kerana Melaka masih belum mencapai 50 peratus yang lengkap kedua-dua dos vaksin, kita harap agar Melaka dapat mencapai sasaran ini secepat mungkin.

“Sekurang-kurangnya apabila daerah kembali dibuka masyarakat dapat menyokong industri pelancongan ini,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

905
Kongsi :
Previous post 80 peratus pekerja Hotel MITC lengkap dua dos vaksin
Next post Melaka Tengah catat kes demam denggi tertinggi
Ubah saiz-+=