
8,000 dijangka meriahkan Fit Malaysia September ini
MASJID TANAH 25 Ogos – Lebih 8,000 peserta dijangka mengambil bahagian pada penganjuran Program Fit Malaysia dijadualkan di Tanjung Bidara, pada 17 dan 18 September ini.
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka, Khairul Adri Rosli berkata, program itu dijayakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan sukan.
“Aktiviti dibahagikan kepada enam segmen seperti ‘fit community’, ‘fun run’, ‘ fun walk’, ‘fun ride’ dan ‘bina badan’.
“Secara keseluruhan ada 20 acara dirancang berteraskan kecegergasan selain seminat berkaitan gaya hidup sihat,” katanya.
Khairul Adri berkata, penganjuran program itu dijangka dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Selain itu katanya, pelbagai lagi acara diatur sehingga pengujung tahun ini seperti Hari Sukan Negara dan program Rakan Muda yang diberikan nafas baharu berlangsung serentak di semua daerah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DALAM DIAM TOK RAUF, YB ROSLI BANTU RINGANKAN BEBAN NELAYAN
KUALA LINGGI 2 November - Dalam diam penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi Datuk Rosli Abdullah turut memainkan...
MELAKA SUDAH SEDIA 195 STESEN PENGECAS EV
GADEK 2 November - Sebanyak 195 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di 95 lokasi telah disediakan di seluruh Melaka setakat...
NILAI BERDASARKAN PRESTASI, TERUSKAN KESINAMBUNGAN KEHARMONIAN DI MELAKA
TABOH NANING 2 November - Rakyat Melaka diberi mandat untuk menentukan calon bagi mewakili mereka selepas Pilihan Raya Negeri (PRN)...
ISU DALAMAN BN TANGGA BATU SELESAI SECARA KEKELUARGAAN – RAIS
SUNGAI UDANG 2 November - Isu dalaman Barisan Nasional (BN) di Parlimen Tangga Batu yang sebelum ini mencetuskan dakwaan penolakan...
PENGUNDI USIA 80 TAHUN BERSEMANGAT SARAPAN BERSAMA TOK RAUF
TABOH NANING 2 November - Peluang untuk bersarapan bersama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh menceriakan Fauziah...
MELAKA PERKUKUH KEDUDUKAN SEBAGAI HAB AUTOMOTIF ASIA TENGGARA
GADEK 2 November - Pengeluaran dua model kenderaan hibrid terbaharu Great Wall Motor (GWM) di Pegoh dijangka memperkukuh kedudukan Melaka...
