83 sekolah di Masjid Tanah terima tuisyen percuma ‘i-Cerdik’

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

MASJID TANAH 10 April. – Sebanyak 83 sekolah dalam Parlimen Masjid Tanah akan menerima kemudahan tuisyen percuma ‘i-Cerdik’ dalam talian.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali berkata, i-Cerdik merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi membantu murid mengulang kaji pelajaran di rumah.

Katanya, kesemua Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka dan Sekolah Menengah Kebangsaan di Masjid Tanah akan menggunakan kemudahan itu.

“Setiap murid akan diberikan akaun dan kata laluan mengakses aplikasi disediakan dan boleh memuat turun setiap soalan disediakan bagi melakukan latih tubi di rumah.

“Tahniah diucapkan atas inisiatif guru-guru terlibat dalam kawasan Masjid Tanah bagi memastikan murid sekolah mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran.

“Dalam tempoh pasca pandemik COVID-19 istilah pembelajaran di rumah bukan perkara baharu selaras norma baharu ditetapkan kerajaan bagi memastikan murid tidak ketinggalan dalam mata pelajaran,” katanya.

Beliau berucap demikian ketika Majlis Penyerahan Dana Pendidikan dan Pelancaran Tuisyen Dalam Talian (iCerdik) bertempat di Dewan Japerun Lendu, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Manusia Datuk Wira Ar. Ismail Othman dan Pengerusi Majlis Guru Besar Masjid Tanah, Mansur Maalip.

Pada program itu, kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM200,000 bagi disalurkan kepada seluruh sekolah dalam kawasan berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

893
Kongsi :
Previous post Karnival Kerjaya 3 Daerah: Kerajaan negeri sasar 2,500 individu dapat tawaran kerja terus
Next post 10,585 individu di Melaka terkesan dalam pekerjaan sepanjang COVID-19
Ubah saiz-+=