
85.7 peratus ketua isi rumah terima bantuan wang ihsan setakat tengah hari ini – PM
KUALA LUMPUR, 7 Jan – Seramai 44,573 atau 85.7 peratus daripada 52,024 ketua isi rumah telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 setakat 1 tengah hari tadi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail Sabri menerusi ciapan ringkas di Twitternya berkata mereka yang belum mendaftar boleh segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pegawai Daerah untuk mendapatkan bantuan segera kerajaan Persekutuan.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia antaranya meliputi BWI sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah berbanding RM500 sebelum ini.
Bayaran bantuan berkenaan disalurkan sejak 27 Dis tahun lepas, iaitu 10 hari selepas kejadian banjir agak luar biasa yang melanda beberapa negeri termasuk Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PRN MELAKA: ‘BIRU PEKAT, BIRU CERAH’ KETEPI PERBEZAAN, BN-PN BERGERAK SEPASUKAN
PENGKALAN BATU 12 November - Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mengetepikan perbezaan politik lampau dengan menggabungkan kekuatan menerusi...
PRN MELAKA: BN HARGAI PERANAN KIMMA GERAK SOKONGAN INDIA MUSLIM
PENGKALAN BATU 12 November - Hubungan lebih 30 tahun antara Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) dan UMNO terus diperkukuh apabila...
PRN MELAKA: ‘KENAPA ISU HANYA TIMBUL SELEPAS DUA BULAN?’ – ISMAIL SABRI
RIM 12 November - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersoalkan kelewatan membangkitkan isu pelaksanaan tahanan rumah terhadap...
PRN MELAKA: ZAHID AKUI TIDAK SILAP PILIH AB RAUF PIMPIN MELAKA
PENGKALAN BATU 12 November - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Ketua Menteri, Datuk Seri...
PRN MELAKA: BN HARAP SOKONGAN PENGUNDI CINA MENINGKAT
AYER MOLEK 12 November - Barisan Nasional (BN) berharap sokongan pengundi Cina di Melaka meningkat pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...
BN YAKIN MENANG BESAR, KERJASAMA PN SATUKAN UNDI MELAYU – ISMAIL SABRI
RIM 12 November – Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diyakini mampu menyatukan sokongan pengundi Melayu, sekali gus...

