88 peratus murid divaksin di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

BATU BERENDAM 18 Okt. – Sebanyak 88 peratus daripada 86,500 murid berusia antara 12 hingga 17 tahun di negeri ini telah menerima sekurang-kurangnya suntikan dos pertama vaksin COVID-19.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka, Mohd Nasrul Menhat berkata, daripada jumlah itu 16 peratus murid direkodkan berjaya melengkapkan dua dos vaksin menerusi pelbagai program dijalankan termasuk Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK).

Menurutnya, pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) serta pelbagai agensi lain bagi memperluas usaha vaksinasi terhadap murid sekolah.

MOHD Nasrul (dua dari kiri) mengedarkan pelitup muka dan risalah pencegahan jenayah kepada pelajar di SMK Munshi Abdullah, Batu Berendam. Foto: MR. Azli.

“Mengikut kesiapsiagaan kita, MKN komited bagi bekerjasama dalam memperluas vaksinasi dalam kalangan murid.

“Pelbagai persediaan juga akan dilaksanakan sebelum berdepan kemasukan murid sekolah rendah yang akan mengikuti pembelajaran bersemuka pada 1 November nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengagihkan pelitup muka dan kit keselamatan COVID-19 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah, pagi tadi.

Hadir sama, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPKK) Asisten Komisioner Mohd Hedzir Hussin.

PELAJAR memeriksa suhu sebelum memasuki kelas di SMK Munshi Abdullah, Batu Berendam. Foto: MR. Azli

Sementara itu, Mohd Hedzir berkata, pihaknya akan memberi tumpuan kepada pencegahan jenayah berlaku terhadap warga sekolah terutama pelajar.

“Kempen pencegahan akan dilaksanakan bagi memberi kesedaran berterusan kepada semua pelajar.

“Malah, kita juga akan menerapkan perlaksanaan prosedur operasi standard (SOP) baharu terutama dalam pembelajaran di sekolah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

451
Kongsi :
Previous post (Kemas kini) Polis mungkin tambah anggota untuk PRN Melaka
Next post Bomba terbangkan lima kotak organ ke HKL dari LTAM
Ubah saiz-+=