
90 WAKIL MELAKA KE KEJOHANAN SCIENCE PAPER PLANE PERINGKAT KEBANGSAAN
LENDU 24 Oktober – Seramai 90 murid dan pelajar sekolah dari negeri ini akan dipilih bagi mewakili Melaka ke Kejohanan Science Paper Plane Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan pada Disember depan.
Presiden Kelab Rakan Udara Malaysia, Azhar Selamat berkata, kejohanan peringkat kebangsaan yang akan menghimpunkan sehingga 1,000 peserta mewakili semua sekolah seluruh Malaysia dan dijadualkan berlangsung di Bukit Jalil, Selangor.
“Wakil Melaka dipilih dalam kalangan peserta mengambil bahagian pada Kejohanan Science Paper Plane Peringkat Negeri Melaka 2024 berlangsung di Dewan Taming Sari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah.
“Melaka akan mengambil bahagian dalam semua sembilan kategori dipertandingkan pada kejohanan itu nanti,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut Azhar berkata, sembilan kategori berkenaan dibahagian kepada dua disiplin iaitu penerbangan paling lama dan jarak paling jauh.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KERAJAAN NEGERI TERUS PERKASA WARISAN KULINARI MELAKA
BANDA HILIR 4 Julai - Festival Masakan Warisan Melaka dan Melaka Heritage Festival 2026 yang dianjurkan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)...
MPAG DIDIK MASYARAKAT JAGA KEBERSIHAN, HINDAR GANGGUAN LALAT
MACHAP JAYA 4 Julai - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) melancarkan Kempen Kawalan Infestasi Lalat Tahun 2026 bertujuan untuk meningkatkan...
WRUR SERKAM: ISU GERAN TANAH 50 PENDUDUK TAMAN PONDOK INDAH HAMPIR SELESAI
SERKAM 4 Julai - Isu geran tanah membabitkan kira-kira 50 penduduk Taman Pondok Indah kini berada pada peringkat akhir penyelesaian...
KURSUS PRA PERKAHWINAN PERCUMA BERI MANFAAT HAMPIR 3,000 ANAK MELAKA
PENGKALAN BATU 4 Julai - Kursus Pra Perkahwinan Islam Negeri Melaka yang diperkenalkan Kerajaan Negeri dan diselia MAIM Holdings Berhad...
MELAKA LANCAR KEMPEN TUNAI ZAKAT SAHAM, POTONGAN GAJI ZAKAT
PENGKALAN BATU 4 Julai - Zakat Melaka kini melancarkan Kempen Tunaikan Zakat Saham serta Kempen Potongan Gaji Baharu dan Kemaskini...
MELAKA PERINCI DASAR BAHARU KAWAL SELIA NGO PENGURUSAN JENAZAH
SERKAM 4 Julai - Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan mengadakan perjumpaan bersama agensi terlibat untuk memperincikan...

