92 program semarak Bulan Kebangsaan, Hari Malaysia di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

MELAKA, 14 Ogos – Jabatan Penerangan (Japen) Melaka merangka 92 program bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia, kata Pengarahnya Shahrom Ravin Daram Abdullah.

Beliau berkata program tersebut telah bermula seawal 1 Ogos lepas dan akan berakhir pada 16 Sept ini.

“Antara program yang dirangka adalah Semarak Gemilang membabitkan tiga tempat di Pantai Telok Gong di Kuala Linggi, Kampung Morten di Melaka Tengah dan Kampung Orang Asli Gapam Baharu di Jasin.

“Selain itu, 84 Komuniti Keluarga Malaysia juga terlibat dengan program Merdeka@Komuniti pada sambutan kali ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) 2022 yang kini berada di Johor akan singgah ke Melaka pada Selasa ini melalui Merlimau.

Menurutnya konvoi berkenaan akan menyerahkan baton Jalur Gemilang kepada Melaka di Galeri Demang Abdul Ghani sebelum bergerak ke sebuah pasar raya di Ayer Keroh.

“Selepas program di Ayer Keroh, konvoi akan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Masjid Tanah sebelum menyerahkan baton kepada Negeri Sembilan di Tampin,” katanya.

Bagi pengisian sambutan Hari Malaysia pula, beliau berkata Japen menerusi Pentarama akan menganjurkan program Singing Community di Flat Sri Siantan, Bukit Baru pada 15 Sept ini,” katanya.

Melaka merupakan lokasi sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept ini bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ yang juga tema Hari Kebangsaan 2022. – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2680
Kongsi :
Previous post Arab Saudi benarkan pemegang visa pelancong tunai umrah
Next post ‘Atuk’ berbasikal 2,500km bawa mesej merdeka
Ubah saiz-+=