95 peratus aduan masyarakat di Bemban selesai

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

BEMBAN 28 April – Sebanyak 95 peratus aduan masyarakat penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban berjaya diselesaikan setakat hari ini.

Penyelaras DUN Bemban Mohd Raziff Yakop berkata, pihaknya menetapkan supaya setiap aduan rakyat di kawasan itu dapat diselesaikan kurang dari tempoh seminggu.

“Setakat hari ini kita lihat daripada segi kebajikan tiada masalah dan alhamdulillah aduan masyarakat setempat lebih 95 peratus telah selesai dari semasa ke semasa.

“Kita sentiasa ada di Kompleks Japerun Bemban, jadi jika masyarakat atau penduduk datang mengadu kita akan cuba selesaikan dengan segera.

“Terima kasih juga kepada agensi dan jabatan Kerajaan Negeri yang selalu membantu saya untuk menyelesaikan masalah dan aduan penduduk di DUN ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Bemban di Kompleks Japerun Bemban di sini, hari ini.

Terdahulu rumah terbuka tersebut dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam yang tiba kira-kira jam 11.35 pagi.

Turut hadir Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan dan Timbalannya, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem; Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Tuminah Kadi@Mohd Hasim dan lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

206
Kongsi :
Previous post Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 kerana mencederakan warga emas
Next post TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Ubah saiz-+=