
18 terperangkap dalam lif, seorang sesak nafas
BANDA HILIR 25 November – Seorang perempuan mengalami sesak nafas selepas terperangkap selama 20 minit di dalam lif sebuah hotel, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.12 pagi itu, seramai 18 mangsa terperangkap selepas lif berkenaan secara tiba-tiba tidak berfungsi dan tersangkut di antara tingkat 21 dan 22.
Kesemua mereka bagaimanapun berjaya diselamatkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah dan mangsa yang pengsan dikejarkan ke Hospital Melaka.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) ll, KUP Omar Husein@Mohsin berkata, selepas menerima panggilan daripada orang awam, seramai tujuh anggota digerakkan ke lokasi dan tiba kira-kira ke lokasi pada jam 10.20 pagi.
Katanya, anggota menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu lif sebelum menyelamatkan kesemua mangsa.
“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira jam 10.34 pagi dan mangsa yang pengsan telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dibawa ke Hospital.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.
Beliau berkata, operasi tamat pada jam 11.05 pagi selepas memastikan tiada risiko bahaya di lokasi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF INGATKAN PENGUNDI MUDA, BIJAK MEMILIH DEMI KESTABILAN
TANJUNG BIDARA 7 November – Pengundi muda diingatkan supaya tidak tersilap membuat pilihan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: TOK JEZ BAKAL BENTANG PELAN ASPIRASI KHUSUS SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 7 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Jezlee Pit...
BN-PN MENYATU, BEMBAN MENANG YADZIL DI BLOK KERAJAAN – AB RAUF
BEMBAN 7 November - Kerjasama politik yang terjalin antara parti komponen membuka ruang kepada calon Perikatan Nasional (PN) N.24 Dewan...
DEEPAVALI TETAP MERIAH DALAM BAHANG PRN MELAKA
BANDA HILIR 7 November - Bahang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang semakin terasa tidak sedikit pun memudarkan...
PRN MELAKA: ONN HAFIZ MAHU KERJASAMA BN-PN KEKAL SELAMA-LAMANYA
SERKAM 7 November - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diharap dapat dikekalkan selama-lamanya bagi memperkukuh penyatuan...
PRN MELAKA: KJ LIHAT NORAZRIL ADA BANYAK KELEBIHAN DI REMBIA
REMBIA 7 November - Hubungan dua hala antara calon dan masyarakat setempat menjadi antara perkara yang ditekankan bekas Ketua Pemuda...
