
Mayat dalam kolah: Lelaki warga asing direman seminggu
Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid membenarkan reman bermula hari ini hingga 11 Dis selepas permohonan berkenaan dikemukakan oleh polis hari ini.
Terdahulu, lelaki berusia 53 tahun itu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Klang pada 9.47 pagi dengan diiringi anggota polis.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan pada malam tadi mengesahkan penemuan mayat dipercayai wanita dalam keadaan disimen di dalam sebuah kolah di sebuah rumah di Kampung Pendamar dekat sini.
Hussien berkata seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu, polis masih mengesan dua lelaki warga asing iaitu Ranjit Singh dan Mandeep Singh, yang merupakan penyewa di rumah berkenaan sebelum ini dipercayai terlibat dalam kes penemuan mayat berkenaan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
JATI DIRI MELAYU-ISLAM PERLU DIHIDUPKAN SEMULA
AYER KEROH 8 November – Tamadun Melayu-Islam mempunyai asas kekuatan yang terbina berabad lamanya dan perlu kembali difahami melalui ilmu,...
PERSIDANGAN HIMPUN PAKAR DALAM DAN LUAR NEGARA PERKUKUH BUKTI PENEMUAN KAPAL PURBA
BANDA HILIR 8 November - Satu persidangan yang akan menghimpunkan pakar-pakar dari dalam dan luar negara akan diadakan bagi memperkukuh...
WRUR: PENANTIAN MASJID KAMPUNG GANGSA BERAKHIR
DURIAN TUNGGAL 8 November - Masjid baharu Kampung Gangsa bakal menelan kos keseluruhan RM12 juta sekali gus menamatkan penantian penduduk...
NOURUL AUNA, PERMATA MELAKA DI BUMI ANBIYA
AYER KEROH 7 November - Nourul Auna Razali menjadi permata kebanggaan Negeri Melaka apabila meraih keputusan cemerlang dan diangkat sebagai...
PESARA TERHARU DISANTUNI ‘ORANG BESAR’
PENGKALAN BATU 7 November - Selepas 16 tahun bersara dari perkhidmatan awam, seorang pesara tidak menyangka akan menerima kunjungan dan...
‘HEBAT’ TEMUI RAKYAT SETIAP 3 BULAN
BANDARAYA MELAKA 7 November - Penganjuran program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bersama Rakyat (HEBAT) akan diadakan setiap...

