
Polis terima laporan kanak-kanak setahun didera pengasuh di Sikamat
SEREMBAN, 13 Dis – Polis menerima laporan berhubung kejadian penderaan kanak-kanak lelaki berusia setahun di Sikamat, seperti yang tular di media sosial, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Supt Mohd Rosli Ishak.
Beliau berkata pihaknya telah mengesan satu kenyataan tular di aplikasi Instagram oleh pemilik akaun @faradelyn.aris, yang mendakwa anaknya didera oleh pengasuh.
“Semakan pihak polis mendapati satu laporan polis diterima pada 7 Dis lepas berkaitan kejadian tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd Rosli berkata orang ramai diingatkan tidak terlibat dalam apa-apa bentuk penganiayaan atau pengabaian ke atas kanak-kanak.
Dalam pada itu, pemilik akaun Instagram @faradelyn.aris mendakwa ketika sedang menukar lampin, suaminya melihat banyak kesan lebam di belakang badan anaknya itu pada 5 Dis.
Menurut ibu mangsa itu, mereka menghantar anaknya itu kepada pengasuh tersebut baharu tiga bulan dan selama tempoh tersebut, dia mendapati terdapat kesan lebam pada badan anak tetapi tidak dimaklumkan oleh pengasuh berkenaan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PEMBIAYAAN LEBIH RM92 JUTA DILULUSKAN DI MELAKA, 4,300 USAHAWAN DAPAT MANFAAT
KOTA LAKSAMANA 21 Jun - Lebih 4,300 usahawan di Negeri Melaka telah menerima manfaat pembiayaan berjumlah lebih RM92 juta setakat...
HARGA DIESEL BERSUBSIDI RM2.10 SELITER UNTUK RAKYAT MALAYSIA MULAI JULAI – PM ANWAR
BINTULU, 21 Jun - Kerajaan MADANI akan menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia kepada RM2.10 seliter mulai Julai 2026,...
MELAKA KOMITED LAHIR LEBIH RAMAI USAHAWAN PELANCONGAN, BELIA
KOTA LAKSAMANA 21 Jun - Sebagai sebuah negeri yang terkenal dengan warisan sejarah, pelancongan dan perdagangan, Melaka komited untuk melahirkan...
AGENDA BANTU RAKYAT JADI AMALAN DI TELOK MAS
TELOK MAS 21 Jun - Agenda kesejahteraan rakyat menerusi pelbagai bentuk bantuan menjadi antara rutin berterusan dilaksanakan Ahli Dewan Undangan...
PINJAMAN TEKUN BAWAH RM20,000 LULUS DALAM 24 JAM
KOTA LAKSAMANA 21 Jun - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi agensinya, TEKUN Nasional, kini menyasarkan untuk memperkenalkan kelulusan...
KUSKOP PERKENAL RAK HEBATKAN PERNIAGAAN MALAYSIA
KOTA LAKSAMANA 21 Jun - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan memperkenalkan satu lagi inisiatif baharu yang dinamakan Rak...
